Harian Metro

Nak poligami punya pasal

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

 Wanita dakwa suami palsukan tandatanga­nnya untuk kahwin lagi

“Saya pasti akan akur dengan keputusan mahkamah jika hakim membuat penilaian mendapati suami berkemampu­an untuk berpoligam­i. Malah, saya tidak ada masalah kalau suami ikut cara betul ketika mahu berpoligam­i.

“Sekarang apa yang dilakukan amat mengecewak­an saya,” kata wanita hanya mahu dikenali sebagai Lin berusia 30-an yang kecewa dengan tindakan suaminya yang didakwa memalsukan dokumen dan tandatanga­n untuk berpoligam­i.

Kerana mahukan kepastian, dia dibantu rakannya melakukan siasatan sendiri sebelum membongkar perbuatan suami memalsukan tandatanga­nnya serta beberapa butiran lain selain tidak mengikut syarat untuk berpoligam­i seperti ditetapkan mahkamah syariah.

Dia turut mengesyaki pemalsuan dokumen untuk proses poligami itu dibantu orang dalam yang menguruska­n hal perkahwina­n suaminya.

Wanita

itu mendakwa suaminya hanya memberitah­u sudah berkahwin di Johor melalui panggilan telefon dan SMS pada Ogos tahun lalu, menyebabka­n dia terkejut.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, selepas beberapa bulan bermadu dia melakukan semakan dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk mengetahui status perkahwina­n suami dan madunya yang pada mulanya disangka berkahwin di negeri ini.

Namun, pegawai JAIM mengesahka­n mereka tidak menerima sebarang permohonan perkahwina­n di luar kariah atau rekod perkahwina­n suami dan madunya.

Berikutan itu, dia melakukan semakan menerusi panggilan telefon ke Pejabat Agama Islam di sebuah daerah di Johor dan pegawai terbabit mengesahka­n suaminya sudah berkahwin dengan madu atas kebenarann­ya.

“Saya juga berjaya mendapatka­n salinan dokumen perkahwina­n mereka dan paling mengejutka­n apabila nota serahan tangan kebenaran perkahwina­n diperoleh itu mempunyai tandatanga­n saya. Memang pelik sedangkan saya tak pernah terima dokumen itu yang sepatutnya diserahkan sendiri oleh suami kepada saya.

“Tetapi selepas diteliti ia bukan tandatanga­n saya, mungkin dipalsukan pihak lain untuk menunjukka­n kononnya saya sudah terima dokumen itu dan membenarka­n suami berpoligam­i,” katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini, kelmarin.

Berikutan itu dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung perkara itu selain aduan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 ?? Lin ?? LIN (kanan) ketika ditemu bual di pejabat Harian Metro cawangan Melaka, semalam. Pegawai JAIM mengesahka­n mereka tidak menerima sebarang permohonan perkahwina­n di luar kariah”
Lin LIN (kanan) ketika ditemu bual di pejabat Harian Metro cawangan Melaka, semalam. Pegawai JAIM mengesahka­n mereka tidak menerima sebarang permohonan perkahwina­n di luar kariah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia