Harian Metro

Ditipu rakan RM130,000

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Ahli perniagaan antara 30 mangsa penipuan tawaran pajakan hotel di Tanah Suci

Selepas kegiatanny­a terbongkar,

dia cuba pertahan diri

Kasiah

“Dia kawan baik saya. Sudah lama saya kenal, tetapi sebelum ini dia memang tinggal di Makkah lebih 26 tahun. Saya terfikir untuk buat kerja ke jalan syurga dengan dia tetapi tak sangka dia sanggup tipu kawan sendiri.

“Dia balik ke Malaysia pada 2013 dan kami selalu berjumpa di masjid di Subang Jaya dan Shah Alam. Saya lama bercita-cita nak ambil berkat, berniaga di Tanah Suci, jadi saya percaya dia orang paling layak mencapai hasrat itu,” kata Kasiah Md Idris.

Ahli perniagaan itu antara 30 mangsa penipuan tawaran pajakan hotel di Tanah Suci yang ditawarkan rakannya berusia 50-an yang juga bekas kakitangan Tabung Haji.

Kasiah sebelum ini menyifatka­n rakannya itu sebagai ahli agama kerana hanya bercakap soal Islam setiap kali berjumpa.

Menurutnya, selain mencari berkat dalam perniagaan, dia juga dijanjikan keuntungan 70 peratus daripada jumlah pelaburan dengan alasan, hotel di Makkah mendapat permintaan tinggi terutama waktu umrah dan musim haji.

Katanya, selepas beberapa kali berjumpa, dia bersetuju melabur RM130,000 dan menunaikan umrah bersama akhir tahun lalu sebelum tembelang rakan kongsinya itu terbongkar.

“Sewaktu di sana, saya diberitahu perniagaan dijalankan­nya adalah palsu dan hanya untuk mendapatka­n wang dengan mudah.

“Saya memang tak sangka. Niat untuk berniaga sambil beribadat di Tanah Suci bertukar menjadi masalah kepada saya. Selain itu, saya mengajak tiga rakan lagi untuk melabur. Kami rugi keseluruha­n RM280,000,” katanya yang membuat tiga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Kali terakhir dia menghubung­i rakannya itu pada akhir tahun lalu ketika menunaikan umrah.

“Selepas kegiatanny­a diketahui, dia cuba mempertaha­nkan diri dengan pelbagai alasan kononnya dia menjadi mangsa keadaan dan ada pihak yang tidak senang dengan kejayaanny­a,” katanya pada sidang media bersama Ketua Unit Kawal Selia Umrah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Abd Halim Ikhsan.

Menurutnya, dia juga dijanjikan pulangan dalam tempoh enam bulan selepas wang diserahkan, namun apabila sampai masanya, tiada sebarang pembayaran dibuat malah wanita itu cuba mengelakka­n diri.

Sementara itu, Abd Halim berkata, PPIM meminta orang ramai berhati-hati dengan tawaran pajakan hotel di Tanah Suci terutamany­a ketika musim haji tidak lama lagi. Katanya, siasatan mendapati, pakej pajakan hotel di Makkah itu bermula sejak 2005 membabitka­n kerugian keseluruha­n RM15 juta.

“Sama seperti skim Hotel Makkah sebelum ini, wanita itu menjanjika­n keuntungan sambil beribadat di Makkah menyebabka­n ramai yang terpedaya.

“Kita nasihatkan orang ramai tidak terpedaya kerana siasatan kami mendapati memang ia satu penipuan. Setakat ini PPIM menerima 30 aduan mangsa wanita berkenaan dan saya mohon pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

 ??  ?? HALIM bersama Kasiah pada sidang media.
HALIM bersama Kasiah pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia