Harian Metro

Siasat unsur penyeksaan

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali dan Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

 Polis turut kenal pasti sama ada mangsa alami tekanan

Polis menyiasat sama ada terdapat unsur penyeksaan serius dalam kes seorang suami mengurung isterinya di sebuah bangsal kecil di Jalan Kubur, Kampung Banggol Maka, di sini.

Malah, siasatan turut menjurus sama ada mangsa yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya kira-kira dua tahun lalu menghadapi tekanan serius.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 31 tahun akan dikurung di situ pada sebelah siang ketika suaminya berusia 40 tahun keluar bekerja.

Bagaimanap­un katanya, apabila selesai bekerja, suaminya akan ke bangsal itu dan melayani isterinya seperti biasa termasuk menguruska­n kelengkapa­n wanita itu.

“Dia dipercayai mengurung mangsa selepas wanita itu lumpuh separuh badan selepas terbabit kemalangan, dua tahun lalu.

“Untuk tempoh yang tepat, ia dalam siasatan dan tahap kesihatan mangsa juga diambil kira bagi menyelesai­kan kes ini.

“Kami syak mangsa mengalami tekanan dan perlukan rawatan,” katanya, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, keluarga seorang wanita lumpuh separuh badan membuat laporan polis mendakwa anak mereka dikurung hampir setahun di sebuah bangsa kecil dalam kebun getah.

Wanita itu kemudian diselamatk­an polis jam 3.30 petang, Selasa lalu.

Susulan itu, suami mangsa berusia 40 tahun yang juga kakitangan awam ditahan pada hari kejadian untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superinten­dan Suzaimi Mohamad berkata, lelaki itu masih dalam tahanan reman.

“Kami akan membuat siasatan berhubung tahap kesihatan mangsa yang sebelum ini terbabit dalam kemalangan bersama suaminya,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia