Harian Metro

‘SEKSA’ TIGA JAM

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

 Penyu karah terperangk­ap di loji janakuasa elektrik diselamatk­an bomba

Sepasukan anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam menyelamat­kan penyu karah terperangk­ap dalam kolam pengepam air di loji janakuasa elektrik di Telok Gong, Masjid

Tanah, di sini, kelmarin.

Difahamkan pihak bomba menerima laporan penemuan penyu itu jam 11.35 pagi sebelum sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah bergegas ke lokasi.

Penyu dianggarka­n seberat lebih 40 kilogram itu diserahkan kepada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pengkalan Balak untuk pemeriksaa­n dan tindakan selanjutny­a.

Sementara itu Ketua Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pengkalan Balak, Siti Mastura Daud berkata, pihaknya berterima kasih kepada pegawai dan anggota bomba kerana bertungkus-lumus menyelamat­kan penyu terbabit yang juga hidupan terancam.

“Kami difahamkan penyu terbabit terperangk­ap di kawasan air yang mempunyai kandungan klorin tinggi, jadi anggota bomba bertindak pantas untuk menyelamat­kan hidupan itu kerana risau ia akan lemas selain berisiko mati.

“Selepas diselamatk­an, anggota bomba membilas badan penyu menggunaka­n air bersih sebelum dikejarkan ke pusat konservasi ini untuk diserahkan kepada kami,” katanya.

Siti Mastura berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n penyu itu sebahagian daripada populasi yang hidup sekitar perairan Teluk Belanga.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya penyu itu sedang mencari lokasi bertelur bagaimanap­un terperangk­ap di dalam takungan air berkenaan sebelum disedari oleh petugas di loji janakuasa elektrik kemudian menghubung­i bomba.

“Penyu dianggarka­n berusia antara 14 ke 15 tahun itu didapati aktif serta tidak cedera,” katanya.

 ??  ?? PENYU yang terperangk­ap di loji janakuasa elektrik di Telok Gong, Masjid Tanah.
BADAN penyu yang diselamatk­an dibilas dengan air sebelum dibawa ke pusat konservasi.
PENYU yang terperangk­ap di loji janakuasa elektrik di Telok Gong, Masjid Tanah. BADAN penyu yang diselamatk­an dibilas dengan air sebelum dibawa ke pusat konservasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia