Harian Metro

Terkejut lihat mayat adik

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Sebaik adik keluar memandu kereta, saya juga keluar ke Bandar Paka dan saya mendapati ada kemalangan.

“Saya kemudian berlari ke tempat kejadian, tetapi alangkah terkejutny­a apabila mendapati kemalangan itu membabitka­n adik. Sebaik melihat mayatnya, saya tak dapat menahan sedih,” kata Mohd Suhaimi Manan, 45, abang kepada Muhammad Zulkaizam Noor Nasan, 22, yang maut dalam kemalangan Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan, dekat Paka, di sini, semalam.

Dalam kejadian 8.20 pagi itu, Muhammad Zulkaizam, berasal dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu mangsa dari arah Paka ke Dungun itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan kanan jalan lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz dari arah bertentang­an.

Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala pemandu Mercedes-Benz, Rozita Md Saad, 48, pula mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Mohd Suhaimi berkata, dia mengusahak­an kantin di Petronas Chemical Derivative­s Sdn Bhd dan arwah adiknya itu menjadi pembantuny­a sejak setahun lalu.

“Biasanya, saya yang membeli barangan untuk berniaga dan ayam dihantar pembekal di kantin tetapi akibat sedikit masalah, adik

 Pembantu kantin maut kereta terbabas laluan bertentang­an

ditugaskan membantu mengambil dan memberi barangan hari ini (semalam).

“Sebaik adik keluar memandu kereta, saya juga keluar untuk ke Bandar Paka dan saya dapati ada kemalangan dan bila saya berlari ke tempat kejadian.

“Remuk hati apabila saya dapati kemalangan itu membabitka­n adik,” katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, walaupun berlainan bapa, suaminya memang rapat dan menyayangi arwah memandangk­an mereka hanya dua beradik.

“Memang kami tidak sangka dia akan pergi dalam sekelip mata kerana sebelum ini tiada langsung perubahan atau tingkah laku pelik ditunjukka­n arwah dan dia adik yang baik,” katanya.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacob berkata, enam anggota bomba mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala seorang lagi pemandu dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Produa Axia yang dipandu Muhammad Zulkaizam (gambar kecil).
KEADAAN kereta Produa Axia yang dipandu Muhammad Zulkaizam (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia