Harian Metro

Resipi usia lanjut

 Nenek 120 tahun mampu panjat 100 anak tangga setiap hari

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Tidak ambil makanan berminyak sebaliknya hanya menikmati nasi putih bersama ikan bakar, budu dan ulam-ulaman sejak remaja.

Itu resipi kekal sihat diamalkan warga emas dikenali Minah Deris yang mendakwa usianya kini 120 tahun, tetapi masih kuat dan mampu menaiki tangga.

Warga emas itu juga tidak memerlukan tongkat untuk berjalan, malah tidak perlu dibantu kerana boleh menguruska­n dirinya, termasuk menaiki 100 anak tangga ke rumahnya di tingkat tiga, Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Persiaranr­aya, di sini.

Akuinya, sejak tiga bulan tinggal di rumah itu bersama anak perempuann­ya, setiap hari dia turun dan naik tangga terutama jika mahu membeli barang keperluan di pekarangan rumah.

“Tak ada amal apa-apa, saya cuma pantang makan saja. Sejak remaja hingga sekarang, saya tidak ambil makanan berminyak, hanya nasi putih dengan ikan tawar dibakar serta cicah budu dan ulam setiap hari serta banyak berjalan.

“Lagi satu, saya makan ulam dan sayur-sayuran ditanam sendiri ketika tinggal di Kampung Kuala Tol, Bertam. Tapi apabila pindah di PPR ini, susahlah sikit.

“Walaupun usia lanjut, tak ada masalah pun untuk turun naik tangga seperti orang lain. Alhamdulil­lah masih diberi kesihatan oleh Allah SWT,” katanya di rumahnya di sini, semalam.

Minah mendakwa dia dilahirkan pada 1897 di Kampung Tendong, Pasir Mas sebelum berhijrah ke Kampung Kuala Tol, Bertam 74 tahun lalu untuk menjadi petani.

Katanya, ketika itu dia hanya ada surat beranak sehingga usia 27 tahun iaitu pada 1924 apabila semua rakyat Malaysia diminta mendaftar kad pengenalan.

“Disebabkan itu, rekod surat beranak tidak diterima dan pendaftara­n kelahiran bermula pada 1924 menerusi kad pengenalan.

“Saya ada lapan beradik namun enam meninggal dunia. Hanya tinggal saya dan adik perempuan bongsu yang berusia lebih 100 tahun.

“Dia tinggal di Kampung Pasir Tumbuh, Bertam, di sini dan masih sihat,” katanya yang memberitah­u ahli keluargany­a dikurniaka­n umur panjang dan masing-masing meninggal dunia ketika usia cecah 100 tahun.

Katanya, selagi diberi kekuatan dan kesihatan baik, dia tetap menjalanka­n rutin harian seperti biasa selain mendekatka­n diri dengan Allah SWT.

“Mata pun masih terang lagi untuk mengaji. Syukur,” katanya.

 ??  ??
 ?? Minah Deris ?? MINAH menunjukka­n kad pengenalan­nya. Sejak remaja hingga sekarang, saya tidak ambil makanan berminyak, hanya nasi putih dengan ikan tawar dibakar serta cicah budu dan ulam setiap hari serta banyak berjalan”
Minah Deris MINAH menunjukka­n kad pengenalan­nya. Sejak remaja hingga sekarang, saya tidak ambil makanan berminyak, hanya nasi putih dengan ikan tawar dibakar serta cicah budu dan ulam setiap hari serta banyak berjalan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia