Harian Metro

Modal hangus

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

 Pelabur sangka dapat emas rupanya modal dilarikan sindiket

Beberapa pelabur berputih mata apabila masing-masing gagal mendapatka­n semula keuntungan mereka selepas melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat simpanan emas sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, antara 30 hingga 40 orang melaburkan wang dalam syarikat berkenaan yang mulanya beroperasi di Sungai Dua, dekat sini, dengan nilai RM10 juta bersamaan 60 kilogram (kg) jongkong emas.

Bagaimanap­un, impian untuk menikmati keuntungan tidak menjadi kenyataan apabila wang pelaburan ‘hangus’, selain gagal memperoleh jongkong emas seperti dinyatakan pemilik syarikat berkenaan yang berusia 30-an.

Peniaga dari Pulau Pinang, Ishak Othman, 45, berkata, dia menyerahka­n RM204,000 kepada pemilik syarikat berkenaan pada Januari 2015 bagi membeli 2,150 gram emas dan membuat perjanjian emas akan diserahkan kepadanya dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, dia tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas pemilik syarikat itu mendakwa mempunyai penasihat syariah, selain keuntungan boleh diperoleh selepas melabur selama 30 hari.

Bagaimanap­un, katanya, selepas tempoh berkenaan, dia masih gagal memperoleh emas dijanjikan, selain pemilik syarikat terbabit gagal dikesan hingga sekarang.

“Saya hanya memperoleh dividen sekitar RM20,000 tetapi baki RM180,000 lesap begitu saja selain gagal memperoleh emas seperti dijanjikan, manakala pemilik syarikat itu gagal dikesan dan kedainya ditutup,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, beberapa pelabur yang tertipu dengan syarikat terbabit membuat laporan polis secara berasingan sejak dua tahun lalu.

Ahli perniagaan, Lee Key Loong, 37, berkata, dia melabur RM500,000 dengan syarikat berkenaan membabitka­n emas seberat 4.4kg tetapi hampa kerana tidak menikmati keuntungan seperti diuar-uarkan.

“Setiap kali saya menghubung­inya untuk bertanya mengenai hal berkenaan, dia memberi pelbagai alasan termasuk perniagaan mengalami kerugian.

“Dia juga mendakwa menjadi mangsa rompakan menyebabka­nnya tidak dapat membayar keuntungan sedangkan kami yang sebenarnya menjadi mangsa kerana wang ‘hangus’ begitu saja,” katanya.

 ??  ?? EMPAT pelabur yang kerugian menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat.
EMPAT pelabur yang kerugian menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia