Harian Metro

Buruh cuba seludup warga asing kena penjara

-

Seorang buruh dipenjara dua tahun di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terhadap tuduhan membenarka­n enam imigran warga Myanmar masuk ke dalam keretanya, tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Miqdad Elya Zulkifli, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman bermula dari tarikhnya ditangkap pada 7 Oktober 2016.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membenarka­n enam imigran haram warga Myanmar, Khaing Thet Aung, 24; Yan Naing Oo, 41; Hla Thein Cho, 36;

May Cau Tu, 26; Sofcik, 40; dan Akeah, 38, masuk ke dalam kereta jenis Perodua Viva di Jalan Pohon Tanjung-Repek, Pasir Mas pada jam 6 pagi, 7 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1)Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap imigran jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu bersama anggota bertugas yang menjalanka­n risikan dan pemantauan di Terminal Bas Pasir Mas ternampak sekumpulan warga asing menaiki kereta jenis Perodua Viva dipandu tertuduh.

Pengadu dan anggota terus mengejar tertuduh di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas yang turut merempuh sekatan jalan raya Agensi

Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Cabang Empat Salam di Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia