Harian Metro

Kerjasama dakwah

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

 Selebriti, blogger, pendakwah, aktivis sokong #QuranHour

Seramai 44 selebriti, blogger, pendakwah serta aktivis bergabung menyokong dan menggerakk­an kempen Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 24 Ramadan ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) Marhani Yusoff berkata, program itu adalah sambungan sinergi membabitka­n penggiat seni dan individu terkenal selepas mendapat kerjasama 11 media dan 30 badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka mempunyai ramai pengikut serta peminat dan boleh berkongsi dalam media sosial untuk mengajak orang ramai sama-sama membabitka­n diri mempromosi­kan serta menyokong Malaysia #QuranHour.

“Mereka boleh tolong uar-uarkan malah terdapat antara mereka mempunyai lebih 15 juta pengikut dan pastinya ada yang tergerak hati untuk menyertain­ya,” katanya ketika sesi taklimat Sinergi Selebriti untuk #QuranHour di sini, semalam.

Dalam pada

itu, beliau berkata, pihaknya yakin sekurang-kurangnya 5,000 individu akan hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kelak.

Sementara itu, wanita pertama yang menakluk kutub utara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, media sosial serta populariti antara kaedah paling berkesan untuk menarik kehadiran orang ramai terutama peminat.

“Selain itu, saya juga berhasrat membawa kain rentang #QuranHour bersama ke Antartika pada November tahun depan bagi meneruskan sokongan terhadap kempen ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MARHANI (enam, kanan) bersama selebriti serta blogger yang hadir pada sesi taklimat Sinergi Selebriti untuk #QuranHour.
MARHANI (enam, kanan) bersama selebriti serta blogger yang hadir pada sesi taklimat Sinergi Selebriti untuk #QuranHour.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia