Harian Metro

Gempur Pasar Borong Selayang

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Kawasan ‘panas’ sekitar Pasar Borong Selayang, di sini, yang dijajah ratusan peniaga warga asing digempur secara besar-besaran oleh pihak berkuasa awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, sepasukan 200 anggota membabitka­n Majlis Pembandara­n Selayang (MPS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor, Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) melakukan serbuan di lokasi itu.

Tindakan tegas diambil apabila 35 khemah perniagaan bersama barangan jualan milik peniaga warga asing terutama Bangladesh dan Myanmar disita.

Malah empat lori dipercayai milik peniaga haram itu turut dirampas pihak MPS.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), Datuk Juhari Ahmad berkata, pihaknya kerap menerima laporan dan aduan berhubung masalah peniaga dan penjaja warga asing di sekitar Pasar Borong Selayang.

Menurutnya, bilangan peniaga haram di kawasan ini semakin meningkat sekali

 Pemeriksaa­n besar-besaran usir peniaga warga asing

gus menyumbang kepada peningkata­n kadar jenayah.

“Hampir setiap hari kami menerima 10 aduan berkaitan masalah kebersihan dan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Kami melakukan pemantauan dan risikan bagi memastikan operasi ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki warga Indonesia yang menetap lebih masa di negara ini cuba melarikan diri sebaik menyedari serbuan dilakukan.

Lelaki berusia 30-an itu dilihat sedang makan di sebuah gerai makan sambil diperhatik­an pegawai imigresen Selangor.

Lelaki itu melarikan diri tanpa membayar harga makanan sebaik menyedari pegawai imigresen mendekatin­ya.

Pegawai Imigresen terpaksa mengejar lelaki itu menyebabka­n berlaku pergelutan sebelum dia ditahan polis.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia