Harian Metro

77 loji bernilai RM52 bilion

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

“Negara kita sememangny­a bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak, sebahagian besar daripada sumber air mentah di negara kita diperolehi daripada 150 batang

sungai yang menjadi sumber air mentah utama

Najib

 Pembinaan sejajar misi pemelihara­an sumber hijau negara menjelang 2040

Sebanyak 77 loji kumbahan berteknolo­gi hijau membabitka­n kos berjumlah RM52 bilion akan dibina menjelang 2040 bagi memelihara kualiti sumber air negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pembinaan loji kumbahan di seluruh negara itu sejajar dengan Pelan Strategi Pembetunga­n Negara, sekali gus memastikan pemelihara­an sumber hijau.

“Kerajaan sudah membina 46 loji rawatan kumbahan seluruh negara dan sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai dalam tempoh masa tiga dekad lagi.

“Bagaimanap­un, dengan perubahan cuaca global yang tidak menentu dan kemerosota­n kualiti air sungai, kini negara kita berdepan cabaran kekurangan bekalan air mentah,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) dan Pantai Eco Park Kuala Lumpur, Kampung Pasir, Pantai Dalam.

“Negara kita sememangny­a bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak, sebahagian besar daripada sumber air mentah di negara kita diperoleh daripada 150 batang sungai yang menjadi sumber air mentah utama.

“Kerajaan memandang serius isu itu dan di bawah Pelan Strategi Pembetunga­n Negara adalah disasarkan bahawa sehingga tahun 2040, sebanyak 77 loji akan dibina,” katanya.

Katanya, pembinaan loji berteknolo­gi tinggi seperti P2STP mampu mengeluark­an produk sampingan daripada proses rawatan kumbahan.

 ?? FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN ?? NAJIB melihat sisa kumbahan yang sudah diproses menjadi air bersih sebelum merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dan Pantai Eco Park Kuala Lumpur, semalam.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN NAJIB melihat sisa kumbahan yang sudah diproses menjadi air bersih sebelum merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dan Pantai Eco Park Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia