Harian Metro

Variasi tekstil Eropah

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Jakel perkenal koleksi raya fokus kepada corak moden, warna lebih segar

Syarikat tekstil terbesar, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) merancakka­n musim perayaan dengan menampilka­n koleksi Jakel Barulah Raya 2017 buat kali pertama dengan menampilka­n selebriti duta raya Jakel untuk mempromosi koleksi pakaian raya pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, sempena menyambut ulang tahun ke-10 Jakel yang bertapak di Kuala Lumpur, Jakel mengeluark­an lebih banyak pilihan fabrik dengan menampilka­n pelbagai variasi koleksi pakaian raya.

“Jakel menjangkak­an koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan memandangk­an ia koleksi terkini dan terbaru,” katanya ketika ditemui pada sidang media Jakel Barulah Raya 2017 di Jakel Mall, di sini.

Menurutnya, koleksi kain tahun ini lebih memfokuska­n kepada corak serta warna lebih segar dan moden.

“Bukan itu saja, setiap reka bentuk yang dikeluarka­n dibeli dari Eropah untuk dibawa ke Jakel dan dicampur bersama corak serta warna mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

Katanya lagi, koleksi baju raya tahun ini menampilka­n baju Melayu, kurta, baju kurung, baju kanak-kanak, baju berkonsep kekeluarga­an dan koleksi Schawalara yang mana kesemua baju ini menampilka­n rekaan di bawah label Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Hairul Azreen, Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Yusof Iskandar dan Rozita Che Wan.

Bagi menambah kemeriahan, Jakel mengeluark­an produk baju Melayu buat pertama kali dengan kolaborasi bersama Harith Iskander.

Koleksi baju Melayu ditawarkan berpatutan dengan harga serendah RM89 dan diberikan kain sampin bersama butang baju Melayu secara percuma bagi setiap pembelian baju Melayu.

Koleksi kanak-kanak yang dikekalkan dengan label Upin dan Ipin boleh didapati pada harga serendah RM59.

Untuk koleksi baju kurung raya pula boleh didapati pada harga serendah RM79.

 ??  ?? ANTARA koleksi Jakel Barulah Raya.
ANTARA koleksi Jakel Barulah Raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia