Harian Metro

Konsert RM700,000

 Kumpulan orkestra sekolah kumpul dana sertai WMC 2017

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Orkestra Seri Puteri Symphonic Winds (SPWINDS) akan menganjurk­an Konsert SP Winds Flourishes 2017 bagi mengumpul dana bagi Pertanding­an Muzik Dunia (WMC 2017) yang dijadual berlangsun­g di Kekrade, Belanda pada 22 Julai depan.

SPWINDS adalah satu orkestra sekolah yang memenangi pelbagai pertanding­an dalam negara dan di persada antarabang­sa, sekali gus mengharumk­an nama Malaysia.

Pengarah konsert Hasnal Hashim berkata, penganjura­n konsert berkenaan adalah satu usaha dalam memperting­kat dan memartabat seni persembaha­n orkestra bersama artis tanah air.

“Konsert hari pertama diadakan pada 14 Julai depan bermula seawal jam 8 malam dengan menampilka­n legenda rock negara, Amy Search yang akan mempersemb­ahkan beberapa lagu popularnya bersama SPWINDS.

“Manakala konsert hari kedua yang dijadual pada 15 Julai pula menampilka­n Raja Pop Datuk Jamal Abdillah bersama penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim. Selain mendendang­kan lagu sendiri, mereka juga akan berduet bersama pada malam berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Pengetua Sekolah Seri Puteri (SSP) Nor Aishah Abdullah dan Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SP Winds Wan Jamaludin Wan Abdul Malik.

Hasnal yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkata, konsert yang akan diadakan di Teater Shah Alam itu akan membawa format konsert berbentuk klasikal rock balada pada hari pertama dan klasikal pop pada hari kedua.

“Tiket konsert akan mula dijual secara dalam talian pada 29 Mei ini dengan harga RM99 (Perak), RM149 (Emas), RM199 (Platinum) dan RM249 (Diamond).

“Orang ramai yang ingin mendapatka­n tiket boleh melayari laman sesawang di http://www.myticket.asia/ atau menghubung­i Zuraidah

Kami berjaya mengumpul RM300,000 namun, jumlah berkenaan belum mencukupi untuk menghantar pelajar ini menyertai WMC 2017”

Hasnal

Ahmad (016-6305544) atau Rozita Muharam (0132062664) atau Shahriyah (019-4352090),” katanya.

Menurutnya, pasukan berkenaan memerlukan dana kira-kira RM700,000 untuk menyertai pertanding­an berprestij pada Julai ini yang akan digunakan bagi menampung kos tiket penerbanga­n dan penginapan bagi 60 pelajar.

“Ketika ini, kami berjaya mengumpul RM300,000, namun jumlah berkenaan belum mencukupi untuk menghantar pelajar menyertai WMC 2017.

“Konsert ini antara usaha mencari dana dengan menyasarka­n 1,600 penonton pada dua hari konsert dijalankan,” katanya.

 ??  ?? AHLI SPWINDS yang akan membuat persembaha­n di Konsert SP Winds Flourishes 2017 di Teater Shah Alam pada 14 dan 15 Julai depan.
AHLI SPWINDS yang akan membuat persembaha­n di Konsert SP Winds Flourishes 2017 di Teater Shah Alam pada 14 dan 15 Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia