Harian Metro

PENDEKATAN LEBIH HOLISTIK

- Sri Ayu Kartika Amri am@hmetro.com.my

Industri perbankan tempatan perlu mengambil pendekatan lebih holistik dengan memberi keutamaan kepada penggunaan teknologi digital, khususnya teknologi kewangan (FinTech) untuk terus kekal kompetitif.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sejak lima dekad lalu, industri perbankan Malaysia dapat menyesuaik­an diri dengan perubahan yang begitu baik biarpun berdepan pelbagai cabaran ekonomi dunia.

Beliau berkata, industri perbankan tempatan dijangka terus mencapai momentum dan mampu menyesuaik­an keadaan bagi menempuh Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

“Jika dilihat, semua bank kini menawarkan perbankan Internet dan perbankan mudah alih, malah memanfaatk­an kuasa teknologi untuk mendapat faedah ketara terutama dalam industri FinTech.

“Dengan usaha yang berterusan, kita boleh berbangga apabila saiz pasaran kewangan negara merekodkan RM5.3 trilion iaitu 430 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah aset perbankan berjumlah RM2.4 trilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-21, di sini, semalam.

Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

Menurutnya, institusi perbankan juga perlu menimbangk­an untuk menyediaka­n pelaburan langsung kepada syarikat pemula dan menjadi tuan rumah bagi program inkubator supaya dapat memupuk kepercayaa­n dan membina kerjasama saling menguntung­kan.

Selain itu, katanya, semua pihak juga perlu terus mencapai keseimbang­an selari dalam mempromosi­kan teknologi digital bagi menggalakk­an pertumbuha­n dan pada masa sama mengurangk­an risiko.

Perbankan tempatan perlu utama teknologi kewangan untuk berdepan Industri 4.0

 ??  ?? JOHARI (tengah) pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-21, semalam.
JOHARI (tengah) pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-21, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia