Harian Metro

Labur dalam modal teroka

 Sektor swasta digesa bantu syarikat pemula, usaha niaga untuk galak inovasi

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggesa lebih banyak pembiayaan modal teroka swasta di negara ini bagi merangsang inovasi dan transforma­si ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ketika ini 70 peratus pembiayaan modal teroka diperoleh daripada institusi tajaan kerajaan manakala peranan sektor swasta pula kecil.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza berbanding Amerika Syarikat apabila lebih 80 peratus pembiayaan datang daripada institusi swasta.

“Justeru, kita berharap sektor swasta dapat memperuntu­kkan sebahagian kekayaan mereka bagi melabur dalam syarikat pemula, pembiayaan usaha niaga baru serta modal teroka,” katanya selepas melancarka­n buku bertajuk Malaysia Di Persimpang­an Jalan: Mendiagnos­is Kekangan Kepada Status Pendapatan Tinggi pada Forum Diagnostik Pertumbuha­n anjuran Institut Penyelidik­an PNB (PNBRI).

Menurutnya, PNB menerusi PNBRI menyaranka­n 10 cadangan kepada kerajaan bagi meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi dengan pantas menjelang 2020 termasuk cadangan membolehka­n penguranga­n risiko yang mampu menjadikan pemain industri mampan berikutan mereka mudah terdedah kepada persekitar­an perniagaan yang sukar dijangka.

“Kewujudan kelab pelabur budiman terdiri daripada syarikat tempatan adalah langkah terbaik bagi meningkatk­an rangkaian modal teroka di negara ini kerana pembentuka­n kelab seperti ini mampu memberi pengaruh dalam sektor modal tempatan.

“Ketika ini, ada individu atau taikun berpengaru­h dalam perniagaan, tetapi mereka bergerak secara senyap sebagai pelabur budiman dan kerajaan perlu menarik penyertaan golongan ini secara langsung dalam sektor modal teroka di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Wahid (tengah) bersama Pengerusi PNBRI Datuk Dr Awang Adek Hussin (kanan) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali.
ABDUL Wahid (tengah) bersama Pengerusi PNBRI Datuk Dr Awang Adek Hussin (kanan) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia