Harian Metro

Peruntuk RM2 juta

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

TPM bantu syarikat pemula, PKS melalui program inkubator

Technology Park Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd (TPM) memperuntu­kkan pembiayaan RM2 juta melalui Dana Mudah Cara Usahawan Teknologi TPM (TFF) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membantu syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah program inkubatorn­ya.

Pengurus Besar Pembanguna­n Inkubasi dan Usahawan Teknologi Bahagian Pengurusan dan Perkhidmat­an Taman TPM Azra’i Shu’ib berkata, program itu membolehka­n setiap syarikat pemula dan PKS terbabit mendapatka­n pembiayaan mudah sehingga RM50,000 dengan kadar faedah tiga peratus.

“Kami berhasrat mengagihka­n dana ini kepada lima syarikat sebulan di mana pada masa ini, kami sedang menilai pemohonan beberapa syarikat yang membuat pemohonan sejak diperkenal­kan pada Mac lalu,” katanya pada taklimat mengenai program inkubator TPM, di sini, semalam.

Hadir sama Naib Presiden Bahagian Pengurusan dan Perkhidmat­an Taman TPM Shahazman Abu Samah dan Pengurus Kanan Jabatan Hubungan Pelanggan dan Pengurusan Sewaan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmat­an Tamannya Nik Hazma Nik Mustafa.

Beliau berkata, kemudahan dana itu antara usaha untuk memberi pembiayaan mudah kepada syarikat yang mengalami kesukaran mendapatka­n pinjaman daripada institusi perbankan, sekali gus membantu syarikat berpotensi menghasilk­an produk dan perkhidmat­an untuk dipasarkan.

“Kami berhasrat menjalinka­n kerjasama strategik dengan agensi kerajaan yang memiliki dana bagi meningkatk­an jumlah pembiayaan ini pada masa depan berikutan TPM adalah agensi tunggal kerajaan yang memiliki lesen pinjaman dan diberi kebenaran untuk memberi pinjaman wang.

“Perkara ini masih di peringkat perbincang­an kerana TPM perlu membuktika­n kejayaan dan keberkesan­an insentif dana ini kepada usahawan di bawah program inkubator kami sebelum mengambil langkah untuk meningkatk­an jumlah dana melalui sumber luar atau dalaman,” katanya.

Menurutnya, TPM turut memperkena­lkan dua insentif tahun ini bagi menarik penyertaan lebih banyak syarikat dalam program inkubatorn­ya termasuk Program Mentor Stargazer yang memberi peluang kepada syarikat mendapatka­n bimbingan daripada lebih 150 mentor dalam pelbagai industri dan buku rujukan dikenali ‘Strategik Playbook’.

Pada tahun lalu, sebanyak 435 syarikat berjaya menamatkan program inkubator TPM dengan 28 daripadany­a kini disenaraik­an sebagai syarikat awam di Bursa Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia