Harian Metro

VPCM perkenal Volkswagen edisi istimewa

-

Kuala Lumpur: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), pengedar rasmi kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia menyasarka­n peningkata­n melebihi 1.2 peratus perkongsia­n pasaran dengan pengenalan beberapa model edisi istimewa, semalam.

Pengarah Urusannya Erik Winter berkata, model Volkswagen Vento Allstar, GT dan Beetle baru menawarkan ciri yang berbeza untuk pembeli yang sukakan kelainan selain lebih menarik.

“Kami memberikan pengguna produk dengan nilai tambah serta pilihan yang lebih banyak dan pada masa sama, kereta yang dipandu menjadi perhatian ramai,” katanya pada majlis pelancaran model berkenaan.

Pengenalan model baru itu bertepatan dengan sambutan Aidilifitr­i serta rangkaian pilihan yang lebih luas, VPCM juga menawarkan tawaran baucar dan rebat menarik.

Vento Allstar dikuasakan dengan enjin 1.6 liter MPI dengan kotak gear automatik enam kelajuan dilengkapi aksesori eksklusif bernilai RM7,000 seperti tempat duduk kulit, pedal sports aluminium, spoiler belakang, plat sisi Allstar, emblem serta karpet dan aplikasi MYVW Drive.

Bagi Vento GT, ia hadir dengan enjin 1.2 liter TSI pengecas turbo dengan kotak gear 7 kelajuan DSG dan ak- sesori istimewa bernilai RM9,000 seperti bumbung dan permuah cermin sisi berwarna hitam, tempat duduk balutan kulit, GT Aerokit, emblem dan permaidani.

Bagi Beetle baru, ia didatangka­n dalam dua varian iaitu Design dan Sport yang menawarkan ciri terkini seperti pendingin hawa dua zon, skrin sesentuh App-Connect, kerusi balutan kulit Vienna dan lampu utama bi-xenon serta lampu nyalaan siang LED.

Harga jualan asas untuk Vento All Star ialah (RM78,888), Vento GT (RM89,888), VW Bettle Design (RM136,888) dan Sport (RM147,888).

 ??  ?? VOLKSWAGEN Vento GT
VOLKSWAGEN Vento GT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia