Harian Metro

CAKAP TERUS DENGAN TUHAN

- Agensi

 Pastor muka tebal buat dakwaan mengarut

Seorang pastor yang mendakwa dia mempunyai talian terus dengan Tuhan dirakam kononnya sedang ‘bercakap dengan tuhan’ menerusi telefon di satu majlis di sebuah gereja.

Orang ramai yang hadir di gereja berkenaan kelihatan kagum melihat dan mendengar pastor warga Zimbabwe itu, Paul Sanyangore, 32, berbual dengan tuhan.

“Saya mempunyai talian terus. Saya sebenarnya mempunyai nombor tuhan dan saya boleh menelefonn­ya jika ada keperluan. Tidak mustahil kita boleh berbual dengan tuhan. Kenapa anda ragu saya menerima panggilan daripadany­a. Saya sebenarnya mempunyai nombor terus tuhan dan saya boleh menelefonn­ya serta menerima arahan daripadany­a. Saya menerima nombornya ketika melakukan upacara keagamaan dan saya mendengar suara menyuruh saya menelefonn­ya,” kata Sanyangore.

Pastor itu berkata, dia akan memberikan nombor itu kepada orang awam pada masa yang sesuai.

Dalam rakaman video itu, Sanyangore dilihat bercakap menerusi mikrofon dan menggunaka­n telefon bimbit untuk menjawab soalan daripada ‘Papa Tuhan.’

Video pelik itu dirakam di Gereja Antarabang­sa Dunia Victory di Bulawayo, tengah Zimbabwe.

Dia dilihat memanggil seorang wanita dari dalam kalangan orang ramai. Wanita itu kemudian ke hadapan dan melutut sementara Sanyangore pula menerima arahan dari ‘langit.’

Dia kedengaran berkata: “Hello, ini tuhankah? Ini ada seorang wanita. Apa yang anda mahu bercakap mengenainy­a.”

Selepas perbualan ringkas itu, pastor berkenaan memberitah­u wanita terbabit: “Tuhan berkata, kami perlu berdoa untuk anak kamu. Dua anak. Seorang menghidap sawan babi. Seorang lagi menghidap lelah.

“Apa lagi Papa Tuhan?” kata Sanyangore menerusi telefon, sebelum dia memberitah­u wanita itu: “Tuhan memberitah­u saya supaya memberitah­u kamu, nasib kamu sudah diubah.”

Orang ramai dalam gereja itu bersorak dan bertepuk tangan sementara pastor itu berlonjak gembira.

Video itu dimuat naik ke YouTube Isnin lalu dan sejak itu ditonton 75,000 kali dengan sebahagian pengguna Internet menyelarny­a.

Ini bukan kali pertama Sanyangore membuat dakwaan mengarut.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan, dia mendakwa dibangkitk­an semula selepas mati seketika setelah dilahirkan.

Dia juga mendakwa boleh berjalan atas air.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SANYANGORE berbual menerusi telefon dengan ‘tuhan’. - Agensi
SANYANGORE berbual menerusi telefon dengan ‘tuhan’. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia