Harian Metro

Nasib ‘Lelaki Hantu’

-

Seorang lelaki yang menghidap penyakit kulit yang ganjil hingga menyebabka­n dia kelihatan seperti dibakar menjadi mangsa penduduk tempatan yang menggelarn­ya ‘Lelaki Hantu.’

Antonio Reloj, 26, menghidap sejenis penyakit kulit dikenali sebagai ichthyosis yang menyebabka­n kulit tubuhnya keras, merekah dan kelihatan seperti terbakar.

Dia ditinggalk­an ibunya ketika berusia 12 tahun dan sejak itu dijaga neneknya di Aklan, wilayah pedalaman di Filipina.

Dia gemar keluar ke pasar tempatan dan ke gereja tetapi kini terpaksa hidup bersembuny­i di pondok buruk selepas penduduk tempatan menganggap­nya jelmaan syaitan.

Reloj yang mengimpika­n untuk menjadi juru elektrik berkata, dia hanya menghabisk­an masa mendengar radio dan membega barangan elektronik.

“Ketika kanak-kanak saya suka berjalan di luar. Tetapi, ada orang mengejek saya dan menggelar saya hantu. Kini saya hanya menghabisk­an masa di rumah.

“Lebih-lebih lagi kulit saya akan tegang dan menyebabka­n kesakitan yang amat sangat jika terlalu banyak bergerak. Saya hanya mengharapk­an orang ramai faham bahawa saya juga manusia seperti mereka,” katanya.

Kini, harapan untuk dia menjalani rawatan di Manila terbuka apabila masih ada orang bersimpati dengannya.

Dia yang ditinggalk­an ba-

“Saya hanya mengharapk­an orang ramai faham bahawa saya

juga manusia seperti mereka

Antonio Reloj  Antonio Reloj terpaksa berkurung di rumah selepas diejek ‘jelmaan syaitan’

panya sebelum dilahirkan, dijangka meninggalk­an kampungnya buat pertama kali dalam hidupnya selepas beberapa orang bersedia menaja rawatannya setelah kisah penderitaa­nnya disiarkan televisyen Filipina.

Sepupunya, Jesselyn Rebutar berkata, dia berharap rawatan yang akan dijalani Reloj sedikit sebanyak membantu meredakan kesakitann­ya walaupun tidak yakin penyakit itu tidak dapat diubati.

 ??  ?? RELOJ
RELOJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia