Harian Metro

Cari susu ibu mati

- Daily Mail

 Bayi 17 bulan ditemui menangis, cuba menyusu mayat wanita

Seorang anak kecil dirakam cuba menghisap susu ibunya tanpa menyedari wanita itu sudah meninggal dunia.

Kejadian itu dirakam berhampira­n landasan kereta api di Damoh, Madhya Pradesh, semalam.

Peristiwa menyayat jati itu turut disaksikan anggota polis yang menyiasat laporan mengenai penemuan mayat di tempat kejadian.

Mereka juga terkejut menemui bayi berusia 17 bulan itu menangis dan cuba menyusu.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring berhampira­n landasan kereta api dan memaklumka­n polis.

“Tetapi apabila kami menghampir­inya kami melihat anaknya cuba menghisap susunya sambil menangis. Kami begitu sebak melihat kejadian itu.”

Ketua polis tempatan, Nand Ram berkata: “Kanak-kanak itu menangis dan cuba menghisap susu ibunya selepas wanita itu tidak memberi tindak balas.

“Kejadian itu amat mengejutka­n dan menyayat hati. Kami tidak pernah melihat perkara seperti itu,” kata Ram.

Balmiki berkata, dia dimaklumka­n mayat wanita itu sudah dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Kami mengesyaki kematianny­a akibat kemalangan kerana telinga dan hidungnya berdarah.

Sementara itu, anak wanita terbabit dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n sebelum diserahkan kepada jabatan kebajikan.

Jurucakap hospital berkata: “Kanak-kanak itu kesejukan, tetapi tiada masalah kesihatan lain.

“Kami akan memastikan dia terjaga dan buat masa ini kanak-kanak itu diserahkan ke rumah anak yatim sehingga keluargany­a ditemui.”

 ??  ?? ORANG ramai menyaksika­n ukiran pasir yang memaparkan watak kartun popular Amerika, The Simpsons, di Pantai Haeundae, Busan, Korea Selatan. - EPA
ORANG ramai menyaksika­n ukiran pasir yang memaparkan watak kartun popular Amerika, The Simpsons, di Pantai Haeundae, Busan, Korea Selatan. - EPA
 ??  ?? BAYI itu ditemui menangis dan cuba menyusu. - Agensi
BAYI itu ditemui menangis dan cuba menyusu. - Agensi
 ??  ?? KANAK-kanak itu kini dalam jagaan jabatan kebajikan sehingga keluargany­a dijejaki. - Daily Mail
KANAK-kanak itu kini dalam jagaan jabatan kebajikan sehingga keluargany­a dijejaki. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia