Harian Metro

Kebumi lepas 632 hari

-

New Delhi: Mayat lapan orang yang ditembak mati ketika protes antikeraja­an di timur laut India dua tahun lalu akhirnya dikebumika­n selepas 632 hari.

Keluarga mangsa sebelum ini enggan mengebumik­an mayat itu sehingga tuntutan untuk mendapat pampasan dan tindakan diambil terhadap pegawai kerajaan yang mengarahka­n mangsa ditembak, dipenuhi.

Mangsa akhirnya dikebumika­n kelmarin selepas persetujua­n dicapai dengan kerajaan tempatan Manipur.

Ketua Menterinya N Biren Singh, memuat naik dua gambar di Twitter menunjukka­n ratusan orang hadir memberi penghormat­an terakhir kepada si mati.

Mayat berkenaan disimpan di bilik mayat sebuah hospital selepas pembunuhan pada Ogos 2015 itu ketika protes berhubung rancangan memperkena­lkan undang-undang yang dibimbangi golongan orang asli tempatan akan menje jaskan hak mereka.

Seperti kawasan lain di timur laut India, Manipur yang bersempada­n dengan Myanmar di timur - sudah lama berdepan perbalahan kumpulan pemisah selain pelbagai pertelingk­ahan antara etnik.

Kerajaan Manipur mencapai persetujua­n dengan penunjuk perasaan awal bulan ini apabila menjanjika­n kerja dan pampasan kepada keluarga mangsa yang maut atau mereka yang cacat akibat kejadian itu.

Kerajaan turut bersetuju membina tugu peringatan untuk mangsa selain mengadakan perbincang­an dengan masyarakat sebelum mencadangk­an pindaan undang-undang. - AFP

 ??  ?? MATADOR Alejandro Talavante ditanduk seekor lembu ketika acara laga lembu di gelanggang Las Ventas,
Madrid, Sepanyol. - Reuters
MATADOR Alejandro Talavante ditanduk seekor lembu ketika acara laga lembu di gelanggang Las Ventas, Madrid, Sepanyol. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia