Harian Metro

Pesawat patah balik ambil ahli Parlimen

-

Kabul: Penyokong dua ahli Parlimen Afghanista­n yang terlepas penerbanga­n mereka dari Kabul menghalang landasan di lapangan terbang Bamiyan bagi menghalang pesawat itu mendarat dan memaksanya berpatah balik untuk mengambil mereka.

Penerbanga­n Kam Air itu terpaksa terbang semula ke Kabul selepas tidak dapat mendarat.

Kejadian itu mencetuska­n kemarahan dan kritikan hebat di media sosial dengan ramai menuduh ahli Parlimen berkenaan menyalahgu­nakan kuasa.

Lima orang termasuk pegawai keselamata­n lapangan terbang ditahan susulan kejadian itu, kata kementeria­n dalam negeri, semalam.

Pengarah penerbanga­n awam Humayun Stanakzai berkata: “Apabila dua ahli Parlimen itu tiba di lapangan terbang Kabul, pesawat sudah berada di landasan dan bersedia untuk berlepas.

“Mereka kemudian menghubung­i konco mereka di Bamiyan yang bertindak menghalang landasan dengan batu apabila pesawat itu hampir tiba menyebabka­n ia tidak dapat mendarat, sebaliknya berpatah balik ke Kabul.

“Akibatnya pesawat membawa 30 penumpang itu terpaksa diisi minyak sekali lagi sebelum terbang semula ke Bamiyan.”

Ahli Parlimen terbabit, Abdul Rahman Shaheedani dan Hussain Naseri tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian.

Syarikat penerbanga­n swasta Kam Air berkata, ia buat masa ini menangguhk­an semua penerbanga­n ke Bamiyan susulan kejadian itu yang dianggap mengancam nyawa kakitangan lapangan terbang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia