Harian Metro

Britain henti kongsi maklumat dengan AS Serang kerana dendam

- Agensi

Manchester: Polis Britain semalam mengumumka­n ia akan berhenti berkongsi maklumat dengan Amerika Syarikat mengenai pengeboman di Manchester.

Satu sumber unit antikegana­san berkata, langkah itu akan dikuatkuas­akan sehingga Britain mendapat jaminan Amerika Syarikat tidak akan membocorka­n maklumat yang diberikan.

“Kita tidak akan berkongsi lagi maklumat sehingga Washington berjanji tidak akan berlaku kebocoran selanjutny­a,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Pegawai kanan polis Britain sebelum ini berkata, tindakan Amerika Syarikat membocorka­n maklumat itu kepada media menjejaska­n siasatan mereka.

Laporan lain menyatakan, Perdana Menteri Theresa May akan memaklumka­n perkara itu kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump apabila mereka bertemu di sidang kemuncak Nato di Brussels hari ini. - Agensi

Pengebom Manchester, Salman Abedi didakwa meletupkan dirinya dalam serangan berani mati awal pagi Selasa lalu kerana membalas dendam terhadap pengeboman Amerika Syarikat ke atas kanak-kanak di Syria.

Perkara itu dinyatakan oleh adiknya, Jomana Abedi, 18.

Dia menggambar­kan abangnya itu sebagai penyayang dan baik hati serta berkata, dia terkejut dengan tindakan Salman meletupkan dirinya hingga meragut nyawa 22 orang di akhir konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena.

Bercakap kepada Wall Street Journal, Jomana berkata, dia percaya abangnya terdorong dengan penderitaa­n yang dialami kanak-kanak di Syria yang dianggapny­a tidak adil dan mahu membalas dendam.

“Dia menyaksika­n kanak-kanak di Syria mati kerana dibom oleh pesawat Amerika. Sama ada tindakanny­a membalas dendam itu berjaya dan tepat, itu antara dia dengan tuhan,” katanya.

Sementara itu, rakan keluarga Jomana berkata, Salman mungkin melakukan keganasan itu kerana menuntut bela ke atas pembunuhan rakannya tahun lalu.

Menurutnya, Abdul Wahab Hafidah ditikam hingga mati selepas dilanggar di Manchester pada Mei 2016.

“Dia melihat pembunuhan Abdul Wahab sebagai perbuatan tidak adil dan berpunca daripada jenayah kebencian. Saya melihat sendiri dia ‘bersumpah’ untuk membalas dendam,” katanya.

Sebelum ditangkap di Tripoli, ibu negara Libya, bapa Salman, Ramadan Abedi juga

 Pengebom Manchester dikatakan tuntut bela terhadap kematian kanak-kanak di Syria

berkata, anaknya terpengaru­h dengan kumpulan ekstremis berikutan pembunuhan Abdul Wahab.

Ramadan ditangkap sekumpulan lelaki bertopeng ketika diwawancar­a.

Dia berkata, anaknya kelihatan biasa ketika mereka berbual lima hari lalu dan bertegas menyatakan: “Keluarga saya tidak akan membunuh orang tidak berdosa.”

Adik Salman, Hashem turut ditahan di Libya kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Daish, kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab terhadap serangan Selasa lalu.

Seorang pegawai keselamata­n Libya berkata, Hashem mengaku mengetahui rancangan abangnya.

Abang Salman, Ismail, 23, pula ditahan di Chorlton, selatan Manchester.

Seorang bapa saudaranya ditahan di Manchester kelmarin sementara terdapat laporan lain mendakwa ibu Salman juga ditahan polis.

Salman yang dikatakan gagal meneruskan pengajian di Universiti Salford mengunjung­i beberapa negara Asia Barat dan menjalani latihan keganasan di Syria sebelum ini.

Dia didakwa kembali ke Britain dari Libya beberapa hari sebelum melakukan serangan.

 ??  ?? ORANG ramai memberi penghormat­an kepada mangsa pengeboman Manchester di Dataran St Ann, Manchester, Britain, semalam. Gambar kecil, Salman (kiri) dan bapanya, Ramadan (kanan). - Agensi
ORANG ramai memberi penghormat­an kepada mangsa pengeboman Manchester di Dataran St Ann, Manchester, Britain, semalam. Gambar kecil, Salman (kiri) dan bapanya, Ramadan (kanan). - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia