Harian Metro

DEBARAN KL2107 MAKIN TERASA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui berdepan tekanan memuncak menghampir­i temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada 19 Ogos ini.

Namun kehadiran penaja menghulurk­an sokongan membantu jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) sedikit sebanyak meredakan tekanan.

Terbaru penaja platinum Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017) Naza Corporatio­n Holdings menyerahka­n kumpulan pertama kereta rasmi membabitka­n 18 kereta dengan model Peugeot 408, 508 dan Traveller yang dibalut dengan jenama KL2017.

Khairy yang ditemui pada majlis penyerahan kereta tajaan di ruang pameran Peugeot Glenmarie Shah Alam semalam berkata, fasa terakhir ini adalah masa terbaik untuk menggerakk­an sokongan rakyat kepada atlet negara.

“Tekanan semakin meningkat apabila kita semakin hampir dengan temasya.

“MASOC bersama 17 jawatankua­sa di bawahnya melipat gandakan usaha dalam beberapa bulan ini.

“Penerimaan kenderaan rasmi KL2017 ini akan banyak membantu jawatankua­sa pengangkut­an yang sedang memperkema­skan urusan logistik untuk temasya itu nanti,” katanya.

Secara keseluruha­n, penajaan Naza merangkumi penyediaan 298 kereta rasmi yang akan membawa ketua negara, menteri, chef de mission, pegawai kanan, ahli sukan dan kumpulan sukarelawa­n sepanjang temasya KL2017 berlangsun­g.

Sementara itu, pada majlis yang sama Khairy menandatan­gani ‘pledge car’

 Khairy lega terima kereta rasmi temasya, bantu jawatankua­sa pengangkut­an memperkema­skan urusan logistik

sebagai simbol kepada permulaan kempen dianjurkan Peugeot untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan kepada atlet negara di KL2017.

Naza dan Peugeot akan memberi 100 tiket percuma kepada 50 pemenang bertuah menghadiri upacara pembukaan KL2017 Ogos ini.

Untuk memenangi tiket itu, orang ramai hanya perlu bergambar dengan ‘pledge car’, tulis mesej atau kapsyen berserta hastag #PeugeotMal­aysia, #DrivingCha­mpions dan #nazacorp apabila mereka memuat naik gambar di media sosial.

KL2017 akan berlangsun­g dari 19-30 Ogos dan Para ASEAN, 17-23 September.

 ??  ?? KHAIRY (kiri) pada Majlis Penyerahan Kereta Rasmi KL2017 di Pusat Jualan Peugeot, Glenmarie semalam.
KHAIRY (kiri) pada Majlis Penyerahan Kereta Rasmi KL2017 di Pusat Jualan Peugeot, Glenmarie semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia