Harian Metro

Semangat tak luntur

 Norza yakin Chong Wei tetap fokus aksi Piala Sudirman walaupun hilang status nombor satu dunia

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Hilang status selaku pemain perseorang­an nombor satu dunia langsung tidak menjejaska­n semangat Datuk Lee Chong Wei untuk mengetuai skuad negara, menjelang perlawanan suku akhir Piala Sudirman menentang Jepun di Gold Coast, Australia hari ini.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar), apa yang berlaku terhadap Chong Wei (penurunan ranking) bukan penghalang buatnya serta skuad negara untuk menebus kekecewaan di peringkat kumpulan bertemu Jepun.

“Saya akan bincang mengenai penurunan ranking ini bersama jurulatih dan Chong Wei sendiri tapi buat masa sekarang fokus terhadap saingan Piala Sudirman tidak terjejas,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM.

Ranking terbaru dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) semalam menyaksika­n Chong Wei dipintas perseorang­an Korea Selatan Son Wan Ho untuk menduduki tempat kedua dunia.

Tumpas di perlawanan akhir Terbuka Malaysia dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia kepada musuh tradisi dari China Lin Dan ternyata memberi kesan kepada pungutan mata Chong Wei kerana dia penyandang juara untuk kedua-dua kejohanan itu.

Dia sekarang ini mengumpul 69,270 mata, manakala Wan Ho (70,277). Di kedudukan ketiga dunia pula kekal milik perseorang­an lelaki Denmark Viktor Axelsen (69,237).

Sementara itu, Soniia Cheah kembali merampas kedudukan pemain perseorang­an nombor satu negara selepas melonjak dua anak tangga di kedudukan 32 terbaik dunia, manakala Goh Jin Wei yang berehat lama akibat kecederaan buku lali tergelinci­r tujuh anak tangga (37).

Gandingan utama beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga tergelinci­r dua anak tangga di tempat keenam dunia.

 ??  ?? CHONG Wei turun ke ranking kedua dunia.
CHONG Wei turun ke ranking kedua dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia