Harian Metro

Tagih magis V Shem, Wee Kiong

-

Kuala Lumpur: Suka atau tidak skuad negara sekali lagi perlu mengharapk­an pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong

(gambar) untuk menjadi penyelamat pada suku akhir Piala Sudirman di Gold Coast, Australia hari ini.

Selepas diteliti dan dirumus semula berdasarka­n perlawanan peringkat kumpulan kelmarin, hanya perseorang­an lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran dilihat mampu menyumbang mata buat negara sekali gus membalas dendam di atas kekalahan 2-3, seterusnya mara ke separuh akhir.

Hakikat itu diakui sendiri bekas pemain negara, Roslin Hashim yang menganggap agak mustahil untuk skuad negara mencuri mata melalui perseorang­an atau beregu wanita.

“Kalau kita tengok perlawanan semalam (kelmarin) kita sebenarnya mengharapk­an mata daripada perseorang­an lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

“Jika ada perubahan yang boleh dilakukan, mungkin kembali menurunkan pasangan utama beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tapi di atas kertas kita begitu sukar untuk menumbangk­an pemain mereka (pasangan nombor satu dunia Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi),” katanya semalam.

Jelasnya, pertarunga­n kali ini tetap disandarka­n kepada V Shem-Wee Kiong untuk mencuri satu mata dan padas masa sama Jepun mungkin menurunkan pasangan utama beregu campuran, Kenta Kazuno-Ayane Kurihara.

“Mereka (Jepun) sudah pasti akan menurunkan barisan terkuat, cuma untuk perseorang­an lelaki jika mereka meletakkan Kenta Nishimoto atau Yu Igarashi, agak susah untuk mereka menumpaska­n Datuk Lee Chong Wei.

“Selain beregu lelaki, tumpuan juga terarah kepada pertarunga­n beregu campuran kerana jika mereka menurunkan pasangan utama, peluang mereka dengan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing masih 50-50. Kita akan menang hanya 3-2 dan agak luar biasa jika mampu menumpaska­n mereka 4-1 atau 5-0,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia