Harian Metro

Najmi sedia gegar London

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun cetek pengalaman di pentas tertinggi, tonggak pertahanan muda negara Muhammad Najmi Farizal Jazlan bersedia beraksi di saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London bermula 15 Jun depan.

Jelas Najmi, dia mengakui faktor pengalaman tidak memihak kepadanya kerana hanya menyertai skuad senior pertengaha­n tahun lalu.

Namun pakar pukulan sudut penalti itu berkata, dia mampu untuk membuktika­n sesuatu sekiranya terpilih dalam senarai 18 pemain ke London.

“Walaupun masih tidak banyak kap dengan skuad senior, saya sudah bersedia untuk beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Sudah tentu saya akan berikan yang terbaik jika terpilih. Lagi pun barisan pemain senior lain di dalam pasukan ini banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya.

“Sebab itu saya rasa tiada sebarang masalah untuk bermain di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia,” katanya.

Kejohanan itu akan turut menjadi kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Ketua jurulatih Stephen Van Huizen pastinya akan memilih barisan 18 pemain terbaik di kejohanan itu kerana ia penting bagi memastikan misi mereka untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India tercapai.

Berbekalka­n kelebihan menyempurn­akan pukulan sudut penalti, Najmi dilihat antara pilihan terbaik untuk dibawa ke London selain kental di benteng pertahanan.

Pada saingan di London, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Argentina, England, Korea Selatan dan China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia