Harian Metro

Arsenal tetap hampa

- AFP

 Welbeck akui kedudukan kelima dalam liga sukar diterima

Danny Welbeck mengakui musim Arsenal tetap mengecewak­an sekalipun jika mereka memenangi final Piala FA.

Gunners gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh dua dekad apabila mereka berakhir di tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Arsenal berdepan juara Chelsea di Wembley awal pagi Ahad ini pada final pertanding­an yang dimenangi mereka pada 2014 dan sekali lagi pada 2015.

“Memang amat mengecewak­an tidak berada dalam kelompok empat teratas,” ujar Welbeck. “Cara musim ini berlalu, buat kelab, penyokong, pemain dan staf bukannya musim yang hebat. Kami mempunyai peluang untuk menjadikan­nya lebih baik hujung minggu ini.

“Kami berpeluang bermain pada final dan memenangi trofi. Ia sesuatu yang positif tapi kedudukan dalam liga tidak dapat mengubat kekecewaan itu.”

Penyerang England berusia 26 tahun itu masih berada di Manchester United ketika Arsenal menang pada 2014 dan terlepas aksi final 2015 kerana kecederaan.

Masalah kecederaan berterusan menghantui­nya dengan kecederaan kaki mengurangk­an penampilan­nya sejak dia kembali daripada kecederaan lutut yang serius Januari lalu.

“Saya berasa semakin bagus dan tidak mempunyai masalah besar dengan lutut saya,” katanya.

“Hanya ada beberapa masalah kecil dengan kaki dan jari kaki. Itu yang menyebabka­n saya diketepika­n ketika ini.

“Harapnya pada masa depan saya akan bermain tiga perlawanan seminggu. Ia hanya lebam di tapak kaki saya jadi setiap kali saya berlari ia menyebabka­nnya lebih teruk.”

Kemenangan ke atas Chelsea akan mengendurk­an tekanan buat pengurus Arsene Wenger, yang dijangka menandatan­gani sambungan kontrak dua tahun pada ketika sesetengah penyokong berasakan pengendali dari Perancis itu patut berundur.

“Kami mahu melakukann­ya untuk pengurus begitu juga untuk diri sendiri, pasukan dan penyokong,” kata Welbeck.

“Sebagai pemain profesiona­l kami mahu memenangi trofi itu dan membawanya pulang.”

 ??  ?? PENYOKONG Arsenal turut berang dengan prestasi pasukan mereka musim ini.
PENYOKONG Arsenal turut berang dengan prestasi pasukan mereka musim ini.
 ??  ?? PEMAIN Arsenal Alexis Sanchez (tengah) meraikan kejayaan menjaringk­an gol kedua bersama Welbeck (kanan) dan Aaron Ramsey ketika menentang Everton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, musim ini.
PEMAIN Arsenal Alexis Sanchez (tengah) meraikan kejayaan menjaringk­an gol kedua bersama Welbeck (kanan) dan Aaron Ramsey ketika menentang Everton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia