Harian Metro

Aidil akui rindu wakili skuad negara

-

U’ dengan bersetuju kembali menyarung jersi Harimau Malaya biarpun mengumumka­n persaraan pada tahun lalu atas alasan mahu memberi laluan kepada pemain muda.

Ternyata, panggilan semula Vingada atau lebih popular dengan gelaran ‘The Professor’ itu cukup menggembir­akan Aidil yang bertekad untuk memperagak­an aksi terbaik bagi memuaskan hati penyokong tempatan.

“Secara jujurnya, saya memang merindui untuk kembali mewakili pasukan kebangsaan dan berbesar hati dipanggil semula menyarung jersi Harimau Malaya.

“Saya banyak mencipta nama dengan pasukan negara ketika mula-mula dulu. Pastinya, selepas sudah lama tidak bermain di peringkat tertinggi (antarabang­sa) saya berazam untuk berikan yang terbaik,” katanya.

Keempat-empat bintang Harimau Selatan itu sebelum ini mengumumka­n persaraan secara mengejut secara beramai-ramai pada Julai, tahun lalu.

Susulan persaraan itu, mereka terlepas mewakili negara dalam saingan Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar yang menyaksika­n perjuangan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika

itu tersekat kumpulan.

“Apa yang penting, saya akan beri komitmen 100 peratus. Jika diberi kepercayaa­n untuk diturunkan, saya akan memberi segala-galanya.

“Malah, pengalaman yang ada ini akan saya manfaatkan sebaiknya sekali gus cuba merebut tempat dalam kesebelasa­n utama,” katanya.

di

peringkat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia