Harian Metro

Tok Gajah kembali ceria

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh mengakui kejayaan membenam Selangor 2-0 pada aksi Liga Super kelmarin menebus kekecewaan barisan pemainnya selepas tewas kepada Kedah pada aksi final Piala FA, Sabtu lalu.

Jelas Dollah, kemenangan itu cukup penting untuk mengembali­kan semula keyakinan setiap pemain yang sudah berhempas pulas sebelum terpaksa akur tewas 2-3 kepada Kedah, Sabtu lalu.

“Secara keseluruha­n memang kami menguasai perlawanan ini. Pemain bangkit semula di separuh masa kedua dan cara mereka bermain adalah seperti perlawanan final Sabtu lalu.

“Ini yang saya selalu tekankan pada setiap sesi latihan. Mereka perlu sentiasa berdisipli­n ketika beraksi di padang.

“Sebab itu saya tidak terkejut dengan kemampuan kami menang 2-0.

“Malah sebenarnya kami mampu mendapat lebih banyak gol. Apapun kejayaan meraih tiga mata penuh sudah cukup baik dan penting untuk kami,” katanya.

Dollah berkata, beliau akan memanfaatk­an sebaik-baiknya tempoh rehat kira-kira sebulan selepas ini untuk memperbaik­i segala kelemahan bagi persediaan menghadapi pusingan kedua Liga Super serta kempen Piala Malaysia selepas Aidilfitri.

“Kemenangan pada perlawanan terakhir pusingan pertama ini memberi kelegaan sebelum saingan liga berehat sebulan.

“Tapi pemain hanya akan diberi tempoh rehat kira-kira seminggu

 Dollah akui kemenangan ke atas Selangor ubati luka selepas tewas di final Piala FA

sebelum kembali menjalani latihan,” katanya.

 ??  ?? PENYERANG Tok Gajah Yamil Romero (kanan) dikekang pemain Selangor Juliano Miniero.
PENYERANG Tok Gajah Yamil Romero (kanan) dikekang pemain Selangor Juliano Miniero.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia