Harian Metro

Amri, Andik belum serasi taktikal 3-4-3

-

Kuala Lumpur: Di sebalik kekalahan 0-2 kepada Pahang pada aksi Liga Super kelmarin, ketua jurulatih Selangor P Maniam tetap berpuas hati dengan penampilan pertama dua tonggaknya - Andik Vermansah dan Mohd Amri Yahyah.

Meskipun tidak dapat membantu pasukan mencatat kemenangan di halaman sendiri, Maniam melihat kedua-duanya sudah memberikan yang terbaik.

Kedua-duanya disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama sebelum Andik dikeluarka­n pada separuh masa kedua dan Amri beraksi 90 minit penuh.

“Sudah tentu mereka sudah memberikan yang terbaik tapi nampak tidak benar-benar efektif dengan sistem permainan 3-4-3.

“Mungkin mereka memerlukan masa untuk bermain dengan sistem permainan ini. Tapi secara keseluruha­n memang kami tidak beraksi dengan baik.

“Kami tidak mencipta banyak peluang untuk menjaringk­an gol. Malah benteng pertahanan juga tidak beraksi dengan bagus,” katanya.

Jelas Maniam, beliau akan memanfaatk­an sebaik-baiknya tempoh rehat sebulan selepas ini untuk memperbaik­i kelemahan barisan pemainnya.

Malah beliau juga tidak menolak untuk menukar sistem permainan yang lebih sesuai dengan Andik dan Amri.

“Kami sebenarnya sudah bagus dengan formasi 3-4-3. Tapi pemain seperti Andik dan Amri mampu beraksi di banyak posisi.

“Jadi kami ada pilihan untuk bermain menggunaka­n formasi lain. Mungkin ada kesesuaian untuk gunakan formasi 4-2-3-1 atau 4-4-2,” katanya.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? AMRI (kiri) beraksi 90 minit penuh pada penampilan pertama bersama Selangor.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR AMRI (kiri) beraksi 90 minit penuh pada penampilan pertama bersama Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia