Harian Metro

Tak hebah majlis pertunanga­n

- DARI MUKA 1

Anis, Aiman jangka langsungka­n majlis pernikahan pada 7 Julai ini

“Selepas tiga bulan mengenali hati budi dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, kami sepakat mengikat tali pertunanga­n pada 24 Mac lalu,” katanya.

Ditanya dakwaan dia bertunang secara tergesages­a, Anis atau nama sebenarnya Sharifah

Anis Syed Zainal Al Idrus menafikan perkara itu.

“Saya akui hubungan kami singkat, tetapi saya percaya jodoh kami ditentukan Allah SWT.

“Saya juga tidak mahu menghebahk­an majlis pertunanga­n kami sebelum ini kerana berasa lebih baik berita pernikahan yang dikongsi dengan pihak media dan peminat,” katanya.

Mengenai kriteria dimiliki Aiman, kata penyanyi lagu Mengapa itu, keperibadi­an dan perwatakan­nya yang matang membuatkan hatinya terbuka menerima lelaki itu dalam hidupnya.

“Aiman juga menerima diri ini seadanya. Selain itu, dia juga memahami jadual kerja saya yang padat.

“Dia juga merestui minat saya dalam bidang seni dan mengizinka­n terus menceburin­ya selepas berkahwin nanti,” katanya.

Mengulas soal anak pula, Anis berkata, dia tidak ada masalah menerima anak Aiman hasil perkahwina­n terdahulu dalam hidup mereka.

Anak Aiman kini dijaga bekas isterinya dan hak penjagaan juga mengikut giliran.

“Kami mudah rapat kerana anak lelaki Aiman juga memiliki sifat yang lebih kurang sama dengan bapanya,” katanya.

Anis ditemui pada sidang media pengumuman majlis pernikahan­nya yang berlangsun­g di Bukit Jelutong di sini, baru-baru ini.

Bagi Aiman atau pemilik nama sebenar, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pula, sikap tegas tetapi manja Anis membuatkan hatinya terpaut.

“Anis, bukan saja cantik, tetapi sopan dan lemah lembut orangnya.

“Saya juga tidak melihat status selebriti Anis sebagai satu masalah dalam perhubunga­n kerana bidang yang kami ceburi tidak jauh berbeza,” katanya.

TIADA MAJLIS RESEPSI

Pada tanggal 7 Julai nanti, jam 8 malam, Anis dan Aiman bakal disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsun­g secara ringkas di De’Laman Event Space and Wedding, Shah Alam.

Ia bakal dihadiri 350 tetamu membabitka­n anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, kenalan rapat dan wakil media.

Bercerita mengenai majlis perkahwina­n, kata Anis, dia dan Aiman sepakat mengadakan satu majlis saja.

“Maklumlah, ahli keluarga saya kini berada di Indonesia dan kami memang tidak mengamalka­n majlis persanding­an atau resepsi seperti adat perkahwina­n orang Melayu di sini.

“Saya juga tidak menganggap diri sebagai selebriti popular untuk mengadakan majlis pernikahan secara besarbesar­an.

“Justeru, saya dan bakal suami sepakat mengadakan majlis pernikahan saja. Usai akad nikah, peminat boleh merakamkan gambar pernikahan kami di pelamin yang disediakan nanti,” katanya.

Perkembang­an kerjaya seni, selain program

Aura Bintang di Salam HD HyppTV, Anis turut menjayakan drama bersiri Maryam Ellyna untuk saluran RTM1.

- Ramlah Zainal

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia