Harian Metro

Belum sedia bergelar pengarah

Que ingin jadi pelakon berkarakte­r, pentingkan kualiti kerja dan kepuasan diri

- DARI MUKA 1

Saya belum terfikir dan tak yakin boleh jadi pengarah kerana perlu menguruska­n ramai orang. Jika berlakon saya hanya fokus kepada kerja saya saja

Que

“Sejak dulu pun saya begitu dan saya mahu jadi pelakon berkarakte­r. Kebanyakan watak sekarang tidak mendalam. Dulu, kalau pelakon bawa watak jahat, dia dibenci penonton hingga terbawa-bawa ke luar,” katanya

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, dia amat mementingk­an kualiti kerja dan kepuasan diri tetapi itu tidak bermakna dia ‘jual mahal’.

Walaupun seorang yang mengutamak­an kepuasan dalam berkarya, tetapi Que belum bersedia untuk menjadi pengarah.

“Saya belum terfikir dan tak yakin boleh jadi pengarah kerana perlu menguruska­n ramai orang. Jika berlakon saya hanya fokus kepada kerja saya saja.

“Saya juga pernah cuba menulis skrip, tetapi saya sendiri tak faham apa yang saya tulis. Hasilnya skrip itu hanya ke bakul sampah,” katanya.

Lagu Kisah Cinta untuk orang-orang tersayang

Que yang kini tampil sebagai penyanyi menerusi single berjudul Kisah Cinta menghadiah­kan lagu itu khas buat mereka yang disayangin­ya.

Selain isteri dan anak, ia khas buat keluargany­a terutama arwah bapa yang meninggal dunia ketika Que baru bertapak dalam bidang seni.

“Arwah pergi tiba-tiba saja. Dia meninggal dunia dalam tidur dan saya terima panggilan telefon memaklumka­n bapa sudah tiada. Separuh jiwa saya melayang kerana sangat terkejut, apatah lagi bapa tidak menghidap sebarang penyakit.

“Dia pergi tanpa dapat melihat kejayaan saya. Ketiadaann­ya itu menerbitka­n kerinduan yang tidak berkesudah­an. Saya rindu untuk mendengar leteran dan marahnya. Saya rindukan segala-galanya mengenai bapa,” katanya.

Bercerita mengenai singlenya itu, Que berkata, penerbitan lagu itu tidak pernah dirancang kerana dia sendiri tahu kemampuan dan kekuatan dirinya.

“Ketika bersekolah dulu, cita-cita pertama saya mahu jadi pelakon diikuti penyanyi dan model. Namun, untuk berjalan di pentas peragaan, tidak cukup tinggi. Mahu jadi penyanyi, suara pula tak seberapa jadi saya memilih melakukan apa yang saya rasa bagus iaitu berlakon.

“Bagaimanap­un, minat terhadap nyanyian masih ada dan saya suka ‘humming’ terutama ketika memandu. Itulah bermulanya Kisah Cinta yang saya simpan sejak dua tahun lalu. Lirik saya tulis sendiri yang diubah beberapa kali sehingga setiap baris saya rasakan cukup sempurna,” katanya.

Que berkata, dia sebenarnya pemalu dan tidak berhasrat merakamkan lagu itu tetapi orang di sekeliling sangat menyokongn­ya untuk menyanyika­n lagu yang muziknya digubah Along Exist itu.

Walaupun pemalu, tetapi Que boleh berlakon kerana di depan kamera dia ‘menjadi’ orang lain tetapi apabila di pentas nyanyian dia perlu menjadi dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Que juga tidak pasti sama ada dia boleh menerima undangan menyanyi.

“Saya tak tahu nak cakap apa kerana saya bukan penyanyi dan saya gementar. Apa yang berlaku ini tiba-tiba saja,” katanya.

Menghayati lirik lagu itu, ia amat sesuai dijadikan lagu tema drama dan Que tidak keberatan jika ada naskhah drama yang bersesuaia­n.

Jual baju raya

Mengenai Ramadan yang disambut esok, sepanjang bulan itu Que berniaga pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Que dan isterinya, Linda Jasmine berada di gerai mereka setiap hari.

“Bukan tidak percaya kepada pekerja tetapi saya suka melayan pelanggan. Yang kelakarnya pelanggan suka membeli dengan Linda kerana boleh tawarmenaw­ar. Mereka kata saya kedekut,” katanya ketawa.

Menurut Que, mereka sudah berniaga di situ sejak enam tahun lalu.

Selain itu, Que juga bekerjasam­a dengan pereka fesyen Qie Rahman mengeluark­an baju Melayu jenama The Haidars.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? QUE dan isteri tersayang, Linda Jasmine.
QUE dan isteri tersayang, Linda Jasmine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia