Harian Metro

‘Saya bukan nak berlagak’

Zain hanya terima tawaran dirasakan berbaloi dengan watak akan dilakonkan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sejak aktif dalam perniagaan kasut, pelakon Zain Saidin semakin jarang muncul di kaca TV.

Menurut Zain, 33, yang juga suami kepada pelakon Rozita Che Wan, dia hanya menerima tawaran yang dirasakan berbaloi dengan watak diberikan.

Bukan mahu bersikap ‘demand’, tetapi Zain ada alasan tersendiri kenapa berbuat sedemikian.

“Saya bukannya nak berlagak, tapi apa yang saya cakap ini adalah realiti dalam industri hiburan tempatan. Setiap kali menerima tawaran, jumlah bayarannya masih sama. Saya menunggu juga sekiranya nilai itu berubah, tetapi tidak.

“Namun, jika tawaran itu menarik dan berbaloi, saya takkan menolak. Jika tidak, saya memberi fokus kepada perniagaan dan jemputan mengadakan ceramah. Ada ketika bayaran mengadakan ceramah lebih banyak daripada berlakon dalam tempoh seminggu.

“Bagi saya sudah tiba masanya kita berfikiran realistik. Zaman sekarang bukan seperti dulu di mana setiap hari ada saja cabaran baru yang datang. Jadi, kita perlu sentiasa mempersiap­kan diri dengan segala kemungkina­n,” katanya.

Zain yang sebelum ini popular menerusi drama Oh My English! berkata, lakonan bukan lagi keutamaann­ya sekarang.

Zain banyak mendapat undangan sebagai penceramah di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengenai kepentinga­n penggunaan bahasa Inggeris.

“Saya bermula sejak tahun lalu lagi. Memang ramai tak tahu sebab saya tak suka nak menunjuknu­njuk. Kalau ada yang bertanya baru saya sedia berkongsi. Mungkin pihak lain melihat saya sebagai usahawan membuatkan mereka tertarik untuk menjemput sebagai penceramah.

“Bezanya saya memberikan ceramah mengenai kepentinga­n bahasa Inggeris. Saya mahu memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah dan

IPT. Kebiasaann­ya saya dijemput pihak sekolah dan IPT itu sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai perniagaan diusahakan, Zain berkata, status sebagai selebriti tidak menjamin orang ramai membeli produk.

“Ramai yang beranggapa­n jika ada nama lebih mudah untuk berniaga. Sebenarnya mereka silap,” katanya.

Zain berkata, dia masih memikirkan cara pemasaran yang lebih berkesan.

“Saya membuang jauh ego sebagai artis. Jika tidak, saya tak fikir apa yang dilakukan itu boleh berhasil. Saya sendiri akan turun padang dan duduk di gerai jualan.

“Apabila saya mengambil keputusan untuk berniaga, ia satu tindakan yang tepat. Berlakon boleh kaya, tapi lambat dan susah nak berkekalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia