Harian Metro

Bangsawan The Lord of the Rings

-

kerja yang mudah. Apatah lagi filem The Lord of the Rings mempunyai pengikut yang ramai.

“Saya pasti ada peminat yang hadam dengan jalan cerita serta watak dalam filem itu. Sebagai penggiat teater, saya maklum kerja adaptasi kadang-kadang perlu mengikut kesesuaian sesebuah medium persembaha­n, contohnya bangsawan.

“Tak wajar untuk dibandingk­an filem dengan teater, apatah lagi membabitka­n kekangan kewangan yang jauh bezanya,” katanya.

Menyedari harapan peminat yang tinggi, Khusiary mengekalka­n jalan cerita asal serta melakukan sedikit kelainan supaya penonton terus menonton sehingga akhir persembaha­n.

“Apa yang saya janjikan adalah kepuasan serta kekaguman dalam mengekalka­n konvensi bangsawan yang dihasilkan daripada konteks baru dan cuba lari daripada cerita alam Melayu kerana saya yakin bahawa bangsawan yang mengikut arus zaman ini bersifat universal dan diversiti.

“Cerita ini diadaptasi 50 peratus daripada naskhah asal, sementara 50 peratus sudah diolah agar sesuai dipentaska­n dengan skala kecil,” katanya.

Katanya lagi, rasional The Lord of the Rings dipilih kerana jalan ceritanya yang diketahui ramai serta mampu memberi pelbagai emosi buat penonton.

“Sebagai pengkarya, saya cuba tampilkan sebuah cerita yang lain daripada karya yang ada dan ia perlu ada elemen mampu membuat penonton suka sehingga terus mengikutin­ya ke akhir persembaha­n.

“Bangsawan Cincin Naga Api mempunyai semua elemen ini merangkumi emosi sedih, suspens, takut dan gembira yang mampu membuai perasaan penonton. Ada watak yang ditukar dan ada juga penambahan bagi memantapka­n lagi jalan cerita,” katanya.

Dalam pada itu, Khusiary memuji setiap pelakonnya kerana membalas kepercayaa­n diberikan dengan menampilka­n lakonan cemerlang.

 ??  ?? BABAK dalam Cincin Naga Api.
BABAK dalam Cincin Naga Api.
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia