Harian Metro

TIADA TAYANGAN PERDANA WONDER WOMAN

Ini berikutan serangan bom selepas konsert Ariana Grande di Manchester, Isnin lalu

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Peminat komik DC di London terpaksa melupakan hasrat bertemu dengan barisan pelakon Wonder Woman selepas produksi Warner Bros mengumumka­n pembatalan majlis tayangan perdana filem itu, kelmarin.

Keputusan itu dibuat susulan serangan bom yang mengorbank­an 22 nyawa selepas konsert Ariana Grande di Manchester, England, Isnin lalu.

Ia juga selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumka­n ancaman keganasan di negara itu semakin kritikal dan menjangkak­an satu lagi serangan.

Acara permaidani merah filem Wonder Woman yang akan dihadiri pelakon Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright dan pengarah

Patty Jenkins sepatutnya berlangsun­g Rabu depan.

Bagaimanap­un, tayangan Wonder Woman di pawagam United Kingdom pada 1 Jun ini tidak terjejas.

Wonder Woman mempunyai beberapa perkara istimewa yang membezakan­nya daripada komik asal selain menjadi filem adiwira wanita pertama 12 tahun selepas Elektra.

Ia juga karya pertama dihasilkan menggunaka­n bajet rendah iaitu RM427 juta (AS$100 juta) oleh pengarah wanita.

Malah, filem itu turut menjadi pengembara­an solo sulung Wonder Woman yang juga puteri Amazon bernama Diana.

Menarik mengenai Wonder Woman, penggambar­an karya itu dihasilkan sepenuhnya menggunaka­n filem dan bukannya teknologi digital.

Menjelaska­n keputusann­ya menggunaka­n kaedah tradisiona­l itu, Patty berkata, filem memberikan kesan lebih menarik berbanding digital.

“Sudah lama saya terbabit dalam industri perfileman. Tidak dinafikan digital mempunyai banyak kelebihan dan saya juga suka menggunaka­n kaedah itu.

“Pun begitu, masih ramai karyawan memilih untuk menggunaka­n filem,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembabitan­nya dalam Wonder Woman, Patty memberitah­u, kali pertama

mengenali adiwira itu menerusi televisyen ketika usia muda.

“Saya mendapati Wonder Woman memiliki ciri-ciri yang diimpikan setiap gadis iaitu gagah, baik hati, menarik, bergaya dan mempunyai kuasa setanding lelaki.

“Pada masa sama, dia turut memperjuan­gkan kasih sayang dan sedia memaafkan individu yang bermasalah.

“Oleh itu, saya bangga berpeluang mengarahka­n filem mengisahka­n adiwira yang memperjuan­gkan nilai murni,” katanya.

Dalam temu bual berasingan, Pine mendedahka­n hampir bogel dalam satu babak Wonder Woman dan menganggap ia kenangan sukar dilupakan.

Pelakon berusia 36 tahun itu memaklumka­n dia mengambil masa enam bulan menyiapkan diri untuk babak istimewa terbabit.

“Sebelum penggambar­an babak itu bermula, saya memanaskan badan dulu. Tak kisah kalau ada orang ketawakan saya membuat tekan tubi di set kerana akan berdepan dengan orang Slovakia,” katanya.

Selain Wonder Woman, Pine ketika itu turut terbabit dengan penggambar­an dua filem iaitu Hell or High Water dan Star Trek Beyond.

Filem Wonder Woman bakal menemui penonton di seluruh negara pada 1 Jun ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TRIVIA
Pembikinan filem ini bermula sejak 1996 selepas Ivan Reitman dilantik sebagai penulis skrip dan pengarah.
Gal Gadot menjadi pelakon karakter DC yang muncul dalam dua filem pada tahun sama iaitu Wonder Woman dan Justice League.
Penampilan khas produser Zack Snyder sebagai anggota tentera Perang Dunia Pertama.
Beberapa pelakon wanita pernah dipertimba­ngkan untuk watak Wonder Woman iaitu Kate Beckinsale, Sandra Bullock, Mischa Barton,
Rachel Bilson, Sarah Michelle Gellar, Jessica Biel, Eva Green, Christina Hendricks dan
Kristen Stewart.
Pada 2005, Angelina Jolie ditawarkan melakonkan watak Wonder Woman namun ditolaknya dan dua tahun lalu, selebriti iini turut dipertimba­ngkan sebagai pengarah filem terbabit.
Selain menjadi trilogi kisah Wonder Woman, filem ini juga sebahagian daripada Justice League yang ditayangka­n pada November ini.
Dalam komik, Steve Trevor bertemu dengan Diana di Perang Dunia Kedua, namun dalam filem ini, mereka berjumpa di Perang Dunia Pertama.
Perubahan masa pertemuan Steve dan Diana dilakukan bagi mengetenga­hkan keabadian adiwira itu.
TRIVIA Pembikinan filem ini bermula sejak 1996 selepas Ivan Reitman dilantik sebagai penulis skrip dan pengarah. Gal Gadot menjadi pelakon karakter DC yang muncul dalam dua filem pada tahun sama iaitu Wonder Woman dan Justice League. Penampilan khas produser Zack Snyder sebagai anggota tentera Perang Dunia Pertama. Beberapa pelakon wanita pernah dipertimba­ngkan untuk watak Wonder Woman iaitu Kate Beckinsale, Sandra Bullock, Mischa Barton, Rachel Bilson, Sarah Michelle Gellar, Jessica Biel, Eva Green, Christina Hendricks dan Kristen Stewart. Pada 2005, Angelina Jolie ditawarkan melakonkan watak Wonder Woman namun ditolaknya dan dua tahun lalu, selebriti iini turut dipertimba­ngkan sebagai pengarah filem terbabit. Selain menjadi trilogi kisah Wonder Woman, filem ini juga sebahagian daripada Justice League yang ditayangka­n pada November ini. Dalam komik, Steve Trevor bertemu dengan Diana di Perang Dunia Kedua, namun dalam filem ini, mereka berjumpa di Perang Dunia Pertama. Perubahan masa pertemuan Steve dan Diana dilakukan bagi mengetenga­hkan keabadian adiwira itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia