Harian Metro

Cerewet pilih watak

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Rashidi bersama Dead Mushroom jelajah ke empat lokasi promosi EP Superock

Sudah lama nama pelakon Rashidi Ishak tidak mengisi kaca TV menerusi lakonan dalam drama.

Pelakon berusia 44 tahun ini berkata, jadualnya yang padat menjadi kekangan buatnya menerima tawaran berlakon.

“Drama terakhir lakonan saya ialah Lapan Bulan yang ditayangka­n lebih lima tahun lalu. Memang sudah lama saya tidak muncul dalam drama.

“Tawaran untuk berlakon sentiasa ada, namun saya agak sibuk dengan pelbagai perkara lain. Pada masa sama, saya mahu ada masa untuk anak juga,” katanya.

Menurutnya, sekiranya dia menerima tawaran yang bersesuaia­n, dia akan terima.

Melihatkan keadaan bidang lakonan hari ini, Rashidi terpanggil untuk meluahkan pendapatny­a sebagai pelakon.

“Cara hari ini berbeza berbanding sebelum ini. Stesen TV akan berikan nama pelakon yang sesuai dengan watak.

“Ada juga rakan pengarah yang mencadangk­an nama saya, namun terpaksa menunggu keputusan daripada pihak stesen TV,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan watak, Rashidi mengakui agak cerewet lebih-lebih lagi dengan ‘trend’ hari ini yang meletakkan pelakon muda sebagai bapa.

“Untuk saya yang tidak terlalu berusia, saya tidak akan terima sekiranya watak itu adalah bapa kepada pelakon yang usianya tidak jauh dengan saya.

“Ia akan nampak kelakar dan tidak realistik. Tapi, kalau sebagai bapa kepada pelakon kanak-kanak, saya akan terima,” katanya.

Ditanya mengenai band yang dianggotai­nya iaitu Dead Mushroom, Rashidi berkata, ia masih aktif.

“Tahun ini, kami mengadakan jelajah ke beberapa lokasi seluruh negara antaranya Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh selain Kuala Lumpur.

“Ini untuk mempromosi­kan EP terbaru kami berjudul EP Superock. Sambutanny­a memang di luar jangkaan memandangk­an kami bergerak secara undergroun­d,” katanya.

Terbaru, Rashidi turut membintang­i drama bersiri Ketupat Rendang Brownies Coklat yang ditayangka­n bermula Ramadan ini.

Selain Rashidi, drama bersiri itu turut dibintangi Khatijah Tan, Rita Rudaini dan ramai lagi.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia