Harian Metro

Program menarik MetroTV

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sesuai dengan peredaran teknologi dan budaya digital di negara ini, Harian Metro (HM) dan Media Prima Labs (MPLabs ) berganding bahu melancarka­n MetroTV yang turut menyediaka­n video Over the Top dan Video on Demand bagi memenuhi cita rasa pengguna Internet, baru-baru ini.

Menariknya, MetroTV satu-satunya aplikasi yang menawarkan siaran langsung berita dan program menarik setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh menyaksika­n tugas harian wartawan HM iaitu Journalist At Work serta beberapa siaran menarik di bawah segmen berita Ohsem!

Segmen berita menawarkan Kalender Jenayah, Metro@7, Kafe Ahad, Eksklusif, HMviral, Suara Maya dan video kiriman pembaca, UGC.

Bagi segmen Ohsem! pula memaparkan program realiti agensi penguat kuasa Ten4, video aksi kucing kiriman pembaca MeowTime dan SemiDocu yang memuatkan berita dalam bentuk dokumentar­i.

Di bawah segmen ini juga, program hiburan #SudyrTanya yang disiarkan secara langsung memaparkan wartawan HM, Sudirman

MohdTahir menemu bual selebriti tanah air sambil berinterak­si dengan penonton.

Program menarik lain termasuk #EpulCuba, Telatah, Jom Masak!, #bolatime Plus dan alKalam.

Selain itu, pengguna aplikasi MetroTV boleh meluangkan masa menonton Borak Lokasi Xtra yang memaparkan suasana di sebalik tabir filem, berita teknologi Reboot dan mengikuti kisah artis serta gosip panas menerusi program BLING!.

Sementara itu, majlis pelancaran MetroTV, baru-baru ini dimeriahka­n dengan persembaha­n istimewa beberapa penyanyi popular tanah air seperti Aiman Tino, Khai Bahar, Wany Hasrita, Tajul, Azharina dan Salma 3 Juara.

Turut membuat penampilan khas antaranya Amyra Rosli, Amar Baharin, Fikry Lawak Solo, Aizat Amdan dan Izzue Islam.

Acara yang membuka tirai jam 9 malam itu bermula dengan persembaha­n penuh bertenaga oleh Azharina yang menyampaik­an lagu Cheap Thrills.

Bersiaran secara langsung dari laman Facebook HM, penyanyi terkenal ditunggutu­nggu ramai, Khai Bahar membuat persembaha­n menerusi lagu popularnya, Bayang.

Ia diikuti Wany Hasrita yang mendendang­kan Menahan Rindu dan seterusnya, penyanyi itu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AIMAN Tino
AIMAN Tino

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia