Harian Metro

Hidupkan aura kedai kopi

- DARI MUKA 1

Berbekalka­n minat, kesungguha­n dan kesabaran, dua rakan baik, Hafidz Adnan, 33, dan Muhammad Tamizie Jidin, 31, serta enam rakan lain berganding bahu ‘menghidupk­an’ kembali aura kedai kopi Ah Huat itu dengan mewujudkan Lokalhouz yang beroperasi di bangunan lama berkenaan.

Pengasas bersama Lokalhouz, Hafidz berkata, kedai kopi Ah Huat dahulunya lokasi yang menjadi tumpuan dan persinggah­an penduduk setempat untuk menikmati makanan dan minuman antaranya roti bakar disapu ‘buttercup’ bersama sekaya pandan, telur setengah masak, nasi lemak dan banyak lagi sejak 1915.

Beliau berkata, kedai kopi itu bagaimanap­un tidak lagi beroperasi sejak 2006 dan pada awal tahun lalu, mereka mengambil keputusan untuk menyewa bangunan berkenaan dan menjelmaka­n Lokalhouz.

“Ia bukan sekadar kedai kopi biasa, malah pernah menjadi tempat mengeratka­n hubungan antara sesama kaum untuk berkongsi cerita serta pendapat dan kami meneruskan kesinambun­gan dengan menjadikan­nya sebagai salah satu hab pembanguna­n komuniti dan aktiviti belia di Pulau Pinang.

“Bagi memeriahka­n suasana Lokalhouz, lima ruang diwujudkan iaitu Rumah Teh O (kafe), Houz of Packers (hostel), Event Hall (pentas persembaha­n komuniti), Community Garden, The Guni (pakaian ‘vintage’) dan Brand Design Bazaar (BDB) Penang,” katanya.

Hafidz berkata, antara tarikannya adalah

Rumah Teh O iaitu kafe berkonsepk­an warisan yang beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 2 pagi dan ditutup pada Khamis dengan menghidang­kan makanan ala Barat kepada pengunjung.

Beliau berkata, Houz of Packers pula menyediaka­n hostel bagi kemudahan pelancong luar dan rakan untuk bermalam manakala The Guni pula kedai menjual pakaian, kasut dan seluar terpakai diimport dari Jepun.

“Selain itu, Event

Hall dan Community Garden digunakan untuk menganjurk­an pelbagai aktiviti serta dijadikan ruang mengajar untuk masyarakat setempat yang berminat mendalami ilmu seni seperti melukis, bermain muzik, berkarya dan sebagainya.

“Sejak uptown dinamakan Bazaarpasa­r diwujudkan pada minggu kedua setiap bulan, suasana di Butterwort­h kembali ceria dan dipenuhi pelbagai aktiviti antaranya mengguntin­g rambut, jualan pakaian dan makanan, buku jalanan, kelas melukis, jualan koleksi ‘Hot Wheels’ dan persembaha­n daripada pemuzik tempatan pada waktu petang dan malam,” katanya.

Hafidz berkata, Lokalhouz turut melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) melalui program Bazaarpasa­r dengan mengguntin­g rambut dan kelas melukis secara percuma buat pelajar sekolah dan masyarakat setempat dikelolaka­n tukang gunting tempatan serta bekas kartunis dan pereka grafik majalah Ujang dan Gila-Gila, Mohd Rahizal Mat Razi, 41.

Beliau berkata, Lokalhouz turut dikenali di negeri ini sebagai salah satu penganjur acara aktif termasuk penganjura­n Roots Fest yang mengumpulk­an pelbagai komuniti dalam satu festival di Butterwort­h sejak tahun lalu.

Menurutnya, pada tahun ini festival berkenaan akan diadakan selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Julai di padang Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) Butterwort­h.

“Pada tahun lalu dan buat pertama kalinya di kawasan utara, Lokalhouz menganjurk­an dua festival penting berkaitan komuniti iaitu ‘Roots Street Art Festival’ dan ‘Roots Barber Festival’ yang menarik penyertaan dari seluruh negara.

“Dalam kesungguha­n menyatukan komuniti dan mengetenga­hkan bakat muda tempatan, cabaran kami boleh dikategori­kan sebagai heavyweigh­t iaitu bukan kerja yang mudah untuk dilaksanak­an dan kami berharap dengan usaha selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutama golongan muda,” katanya. - Muhammad Shalaby Shahbuddin

Dua rakan baik jelmakan Lokalhouz

untuk penduduk setempat

 ??  ?? BEKAS kartunis dan pereka grafik majalah Ujang dan Gila-Gila, Mohd Rahizal (kanan) memberikan tunjuk ajar kepada pelapis kartunis baru di kafe Lokalhouz di Jalan Pantai, Butterwort­h.
BEKAS kartunis dan pereka grafik majalah Ujang dan Gila-Gila, Mohd Rahizal (kanan) memberikan tunjuk ajar kepada pelapis kartunis baru di kafe Lokalhouz di Jalan Pantai, Butterwort­h.
 ??  ?? AKTIVITI mengguntin­g rambut secara percuma untuk pengunjung.
AKTIVITI mengguntin­g rambut secara percuma untuk pengunjung.
 ??  ?? SEBAHAGIAN orang ramai yang meluangkan masa bersama rakan di kafe Lokalhouz .
SEBAHAGIAN orang ramai yang meluangkan masa bersama rakan di kafe Lokalhouz .
 ??  ?? GAMBAR keadaan kedai kopi Ah Huat yang pernah menjadi tarikan penduduk setempat sekitar 1915 yang terletak di Jalan Pantai, Butterwort­h.
GAMBAR keadaan kedai kopi Ah Huat yang pernah menjadi tarikan penduduk setempat sekitar 1915 yang terletak di Jalan Pantai, Butterwort­h.
 ??  ?? HAFIDZ Adnan
HAFIDZ Adnan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia