Harian Metro

PENGALAS PERUT

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

ROTI

Sahur amalan rutin sepanjang sebulan berpuasa namun ia tidak memerlukan hidangan berat, cukup sekadar yang ringkas

dan boleh

Tidak kiralah roti jenis tinggi serat atau gandum, kedua-duanya sesuai untuk dinikmati ketika waktu sahur.

Jadikan ia sandwic atau sapu saja jem atau mentega yang mempunyai kandungan protein tinggi.

Sekurang-kurangnya anda mempunyai tenaga dan cergas melakukan aktiviti pada siang hari. mengalas perut.

Dengan bersahur, kita mendapat tenaga untuk melakukan aktiviti harian meskipun tidak dapat makan dan minum selagi belum masuk waktu berbuka.

Mereka yang menetap dengan keluarga mungkin tiada masalah kerana

OAT

Seperti pisang, oat juga membantu perut anda kenyang lebih lama berbanding makanan lain kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Malah, ia ternyata pilihan tepat bagi mereka yang inginkan menu sahur ringkas dan mudah disediakan.

Jika tidak mahu mencampurk­annya dengan buahbuahan, makan begitu saja ketika bersahur kerana oat banyak khasiat antaranya mengurangk­an kolesterol dalam badan.

PISANG

hidangan sahur mungkin sudah tersedia tetapi golongan bujang pasti buntu jika tidak sempat membeli makanan.

Untuk itu, Gen Y kongsikan hidangan yang ringkas dan boleh disediakan pada masa yang singkat. Selamat mencuba!

Kenyang lebih lama dengan menu ringkas ketika bersahur

Buah ini sangat baik diambil ketika waktu sahur kerana ia membekalka­n sumber tenaga supaya perut kenyang lebih lama.

Malah, pengambila­n pisang sebenarnya mengekalka­n tenaga lebih lama daripada gula selain kandungann­ya mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi, tidak perlu pening kepala kerana pisang sudah memadai untuk mereka yang tidak gemarkan makanan berat pada pagi hari.

TELUR

Telur salah satu makanan yang kaya dengan protein dan paling sesuai dimakan pada waktu pagi termasuk ketika bersahur kerana mengelak anda daripada rasa lapar.

Paling menarik, ia boleh dipelbagai­kan sama ada direbus atau dijadikan telur hancur yang boleh dimakan dengan tomato dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

Jika rajin, jadikan telur sebagai rencah dalam hidangan ringkas ketika sahur contohnya nasi goreng.

SUP

Sup antara hidangan ringkas yang sesuai diambil ketika sahur dan untuk lebih khasiat, campurkan dengan sayur-sayuran atau ayam mengikut cita rasa anda.

Kandungan pelbagai jenis sayuran di dalamnya mampu membuatkan anda kenyang lebih lama.

Sup sayuran adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai sayuran dengan kandungan gizi yang baik. Sup sayuran baik dimakan ketika sahur kerana kandungan pelbagai sayuran yang terdapat di dalamnya mampu membuat anda kenyang dalam masa lebih

lama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia