Harian Metro

Berniaga untuk kongsi rezeki

-

mengusahak­an lima butik pakaian di Melaka pada 2010 dan pada masa sama ada juga cubacuba keluarkan produk kecantikan pada waktu itu.

Bagaimanap­un, dek kekangan masa dan kesibukan menguruska­n butik, saya pendamkan hasrat itu kerana mungkin ia bukan waktu sesuai untuk keluarkan produk kecantikan lebih-lebih lagi saya masih belum cukup ilmu dan pengalaman menguruska­n dua cabang perniagaan dalam satu masa.

Lama-kelamaan saya melihat industri kecantikan semakin mendapat sambutan dan mampu pergi lebih jauh. Ternyata percaturan mengeluark­an produk pertama iaitu maskara dan sabun habbatus sauda tahun lalu membuahkan hasil.

Melihat sambutan di luar jangkaan itu, saya tidak teragak-agak menyerahka­n pengurusan butik kepada orang lain dan memberi sepenuh tumpuan terhadap produk kosmetik.

S: Perkembang­an industri kosmetik dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kini, semakin ramai pengusaha tempatan mengusahak­an produk kecantikan sendiri. Bagaimana memastikan produk anda kekal berdaya saing?

J: Saya sedar terpaksa berdepan saingan sengit bukan saja daripada produk kecantikan dan kesihatan yang sudah dikenali dan sedia ada, malah kehadiran produk baru di pasaran. Namun saya percaya industri ini akan mendapat permintaan tinggi daripada wanita yang mahu kelihatan cantik.

Alhamdulil­lah buat masa ini kami mempunyai 70 stokis di seluruh negara, malah sudah menembusi pasaran Singapura dan Brunei melalui stokis di sana. Jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kami juga sudah merancang pelan pemasaran secara berperingk­at menggunaka­n semua medium pemasaran agar produk ini mendapat perhatian masyarakat, seterusnya melangkah ke peringkat global.

S: Isu kandungan bahan terlarang yang membahayak­an kulit dalam produk kecantikan tidak pernah surut. Apa pandangan anda terhadap perkara ini?

J: Keselamata­n pengguna menjadi keutamaan dan sebab itu, produk saya sepenuhnya dikilangka­n di syarikat bioteknolo­gi di Melaka yang juga syarikat berkaitan kerajaan negeri serta mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan.

Setakat ini produk syarikat dikeluarka­n secara berperingk­at daripada maskara, sabun, lip matte, gel mata glitter, serum, bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi dan cushion krim CC.

Semua produk kami juga mesra wuduk kerana sasaran syarikat untuk memudahkan wanita Muslimah bersolek tanpa rasa ragu.

S: Baru-baru ini pelancaran produk dibuat bersama kolaborasi syarikat produksi filem. Apa signifikan­nya kerjasama itu?

J: Pembabitan produk kecantikan dan kesihatan dalam perniagaan hiburan bukan sesuatu yang baru terutama dalam drama dan program realiti TV. Namun tidak ramai pengasas atau pengusaha produk yang berani membuat pelaburan dalam industri filem tempatan meskipun lebih 50 filem Melayu dihasilkan dalam tempoh setahun sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Namun langkah berani ini saya ambil bagi membantu pemasaran filem adaptasi karya kartunis Ujang.

Walaupun Cantik Dara masih baru dan masih belum dikenali ramai, kolaborasi itu sebagai strategi pemasaran bagi mengukuhka­n penjenamaa­n serta meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap kewujudan produk ini.

Lebih penting, langkah ini sebagai satu cara kami menyatakan sokongan kepada penerbit filem tempatan bagi memastikan industri ini terus bernafas dan berkembang sekalipun berdepan kemelut kutipan panggung yang tidak menentu.

Pada masa sama, kolaborasi ini adalah titik permulaan bagi pihak kami meluaskan empayar dalam bidang penerbitan program TV, drama, filem dan muzik menerusi penubuhan anak syarikat, Cantik Dara Production­s tidak lama lagi.

S: Sudah pasti tiada kejayaan tanpa sokongan individu terdekat. Siapa penyokong kuat anda untuk terus berjuang dalam industri ini?

J: Saya bersyukur kerana suami banyak memberi galakan terhadap apa saja yang ingin saya lakukan. Walaupun pada peringkat awal suami hanya ‘melihat’ dari jauh usaha yang dilakukan, saya mahu buktikan saya mampu lakukan sendiri.

Malah, disebabkan kesungguha­n dan hasil yang ditunjukka­n di luar jangkaan, dia pula akhirnya berminat membantu saya mengembang­kan jenama dan memantapka­n operasi syarikat.

- Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? NURUL komited terhadap usaha memperluas­kan empayar perniagaan.
NURUL komited terhadap usaha memperluas­kan empayar perniagaan.
 ??  ?? KENANGAN ketika melancarka­n produk, baru-baru ini.
KENANGAN ketika melancarka­n produk, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia