Harian Metro

Merawat cela pada wajah

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Alami keunikan rawatan cela wajah yang mudah dan semula jadi dengan HerbaLine Ee Treatment. Rawatan sasaran ini berkesan untuk menghilang­kan cela kulit paling ketara seperti sista minyak, ketuat dan bintil pada wajah serta leher dengan mudah.

Rawatan hasil penyelidik­an dan ujian selama lebih 20 tahun ini menggabung­kan krim herba asli daripada ekstrak pokok gajus dengan prosedur khusus untuk menghapusk­an segala bentuk cela kulit paling degil.

Berbanding tanaman herba lain, kacang gajus didapati lebih kaya dengan asid anakardik. Ia berkesan menentang pelbagai jenis bakteria, termasuk yang menyebabka­n masalah kulit seperti jerawat.

Uniknya, kacang gajus juga adalah sumber vitamin E dan mampu bertindak sebagai antioksida­n semula jadi. Kandungan asid lemak tak tepu di dalamnya mampu memulihkan kelembapan dan merawat kulit rosak.

Menurut Penyelia Terapi Herbaline Facial Spa,

Karen Heng, rawatan Ee dikendalik­an pakar terapi profesiona­l terlatih dan berpengala­man dalam persekitar­an yang bersih serta selesa.

“Rawatan ketuat misalnya, ia tidak memerlukan sebarang bentuk pembedahan, tidak berdarah dan pelanggan tidak perlu dibius. Mereka mungkin akan berasa tidak selesa sekejap, kemudian kami akan sapu gel aloe vera untuk mengurangk­an rasa pedih.

“Bagi wajah dengan kesan cela sedikit, tempoh rawatan biasanya mengambil masa antara lima sehingga 20 minit. Kesan lecuh yang terjadi sepanjang tempoh rawatan akan mengelupas sendiri dalam masa satu hingga tiga minggu,” katanya.

PROSEDUR DIUJI

Menariknya, jelas

Karen, rawatan Ee tidak meninggalk­an kesan parut. Malah kesan antivirusn­ya memastikan ketuat tidak kembali tumbuh. Ini sekali gus menjadikan kulit anda bersih dan bebas cela.

“Memang ada banyak kaedah menghilang­kan cela seperti laser karbon dioksida (CO2) yang bertindak menyejat, elektroter­api (mengeluark­an dengan pengikis), pembedahan (menjahit) dan pembedahan krio (pendingina­n).

“Namun, jenis rawatan berkenaan meninggalk­an parut dan kemungkina­n cela tumbuh kembali antara lima hingga 21 peratus. Berbeza dengan rawatan Ee, ia memang dicipta khusus untuk membuang cela kulit menerusi prosedur yang sudah diuji serta kurang sakit,” katanya.

Berikut adalah langkah demi langkah yang dilalui pelanggan sepanjang mengikuti prosedur rawatan di Herbaline Facial SPA.

1. Diagnosis kecelaan kulit. Juruterapi akan mengenal pasti bahagian kulit yang bermasalah.

2. Bahagian kulit bermasalah dibersihka­n dan disteril untuk mengelak risiko jangkitan.

3. Permukaan kulit yang ada cela dikikis untuk membolehka­n krim rawatan tembus ke lapisan dalam.

4. Krim Ee disapu, menutupi semua permukaan kulit yang mengalami kecelaan.

5. Di peringkat ini, pelanggan akan berasa sakit sedikit seperti digigit serangga.

6. Pelecuhan akan berlaku dalam sedikit masa apabila krim bertindak selepas rawatan diberikan.

7. Selepas satu hingga tiga minggu, luka akan mengelupas sendiri tanpa kesakitan, menjadikan kulit licin dan tiada cela.

8. Tidak meninggalk­an kesan parut yang kelihatan manakala kesan antivirus mengurangk­an risiko kecelaan berulang.

 ??  ?? PROSEDUR rawatan cela kulit.
PROSEDUR rawatan cela kulit.
 ??  ?? Berbeza dengan rawatan Ee, ia memang dicipta khusus untuk membuang cela kulit menerusi prosedur yang sudah diuji serta kurang sakit CELA
kulit
Berbeza dengan rawatan Ee, ia memang dicipta khusus untuk membuang cela kulit menerusi prosedur yang sudah diuji serta kurang sakit CELA kulit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia