Harian Metro

Aksi genit depan kamera

-

Menurutnya, sebaik dinobatkan sebagai juara pertanding­an itu, tidak dapat digambarka­n perasaanny­a kerana menyedari saingan sengit yang ditunjukka­n finalis lain, apatah lagi ratarata mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.

“Memang kelu lidah dan saya hanya mampu mengalirka­n air mata kegembiraa­n dan kesyukuran atas kemenangan itu. Saya cuba buat yang terbaik dan alhamdulil­lah rezeki memihak kepada saya.

“Mungkin kerana sudah sebati dengan bidang peragaan membuatkan saya tidak kekok di hadapan kamera, yakin dan sentiasa menonjol, jadi ada kelebihan saya di situ,” katanya yang ditemui selepas diumumkan sebagai juara Pencarian Wanita Melayu 2017 di Plaza Shah Alam.

Mengimbas pengalaman­nya dalam bidang itu, wanita berasal dari Sungai Petani, Kedah ini berkata, semuanya berlaku dengan pantas selepas seorang jurugambar yang juga rakan Facebook mengajakny­a mengadakan sesi fotografi buat kali pertama.

Pucuk dicita ulam mendatang, dia mula berjinak-jinak mengenali dunia model dan pada peringkat awal, Nurul Ain mengambil masa berbulanbu­lan cuba mencari apakah asas utama yang perlu ada dalam dirinya untuk menepati kehendak industri yang penuh liku ini.

Katanya, laman

YouTube menjadi medium utamanya menuntut ilmu asas peragaan, meneliti kembali setiap pengalaman yang pernah dilalui demi menempa nama sebagai model.

Oktober 2015 adalah detik pertama Nurul Ain mencuba nasib dalam pertanding­an Pencarian Model Billboard anjuran Festival Kerja Kahwin Utara yang diadakan di Sungai Petani dan dinobatkan sebagai juara.

“Seterusnya, saya mengorak langkah dalam bidang ini. Pentas peragaan paling jauh pernah saya pergi adalah di Singapura. Namun pentas paling berprestij sepanjang karier saya ketika memperagak­an koleksi pereka tersohor

Bon Zainal Harun, Datuk Shah Rezza, Datin Sharifah Shawati dan Rasta Rashid.

“Selain itu, saya juga berpeluang menjadi model untuk Loreal Matrix Rock & Strobe Hair Show bersama Kobi Bokshish dan Stevie English dari Australia,” katanya.

PERANG MEMASAK

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, kerjaya sebagai model bukanlah sekadar mengejar populariti, malah perlu disusuli seni yang sangat mendalam.

Katanya, menjadi model bukan hanya pandai bergaya di depan kamera kerana mereka perlu menghayati watak tanpa bersuara dan pergerakan secara visual (video) tetapi cukup menggambar­kan ekspresi yang mendalam pada setiap gambar dihasilkan.

“Penceritaa­n yang kuat dapat ditunjuk dan diperjelas­kan dalam sekeping gambar. Melalui gambar ini masyarakat faham apa yang ingin kita sampaikan.

“Seterusnya model juga perlu tahu cara memperagak­an sesuatu barang atau produk daripada pereka tempatan ataupun antarabang­sa bagi menarik minat pembeli.

“Perkara ini memang dititikber­atkan dalam diri seseorang model supaya tidak hanya hebat di depan lensa kamera, malah menguasai pentas peragaan bagi melayakkan mereka dilabel sebagai model versatil. Ini menjadi pegangan saya hingga kini,” katanya.

Jika kerjaya ini dianggap sesuatu yang menyeronok­kan dan mudah, bagi Nurul Ain, untuk mengekalka­n diri dalam bidang ini dia perlu

 ??  ?? NURUL Ain ketika dinobatkan juara
PWM 2017.
NURUL Ain ketika dinobatkan juara PWM 2017.
 ??  ?? MANIS dalam pakaian tradisi Negeri Sembilan.
MANIS dalam pakaian tradisi Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia