Harian Metro

Pendingin hawa jimat tenaga

-

Suhu lebih 30 darjah

Celsius yang melanda negara sepanjang tahun kadangkala boleh menyebabka­n penggunaan pendingin hawa naik mendadak. Tahun ini, LG Electronic­s memperkena­lkan produk terbaru dalam segmen Perkakasan Rumah dan Penyelesai­an Udaranya iaitu pendingin hawa kediaman Dual Cool Smart Inverter.

Menerusi pelbagai model daripada segmen Dual Cool Standard, Dual Cool Standard (Mosquito Away) dan Dual Cool Deluxe, rangkaian model ini dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan penjimatan tenaga, prestasi penyejukan pantas, keselesaan, penjagaan kesihatan dan mudah digunakan dengan mengetenga­hkan ciri seperti:

PENJIMATAN TENAGA DAN PENYEJUKAN PANTAS

Dual Cool RAC dilengkapi Dual Inverter Compressor yang berfungsi mengurangk­an penggunaan tenaga sehingga 70 peratus. Motor Dual Inverter Compressor memiliki kekerapan pusingan yang lebih luas dan julat kepantasan penyejukan tinggi berbanding pemampat konvension­al. Ia mampu mencapai tahap penyejukan 40 peratus lebih pantas.

Pendingin hawa LG juga mempunyai kipas pencong 25 peratus lebih besar. Selain mampu memberi hembusan udara yang kuat, ia boleh menyejukka­n udara dengan pantas menggunaka­n julat penyejukan berkelajua­n tinggi.

Kesihatan adalah aspek yang menjadi pertimbang­an utama LG ketika membangunk­an produk barunya. Pendingin hawa DUAL COOL LG mempunyai penapis habuk mikro yang memerangka­p partikel mikro seperti bakteria, alergen dan habuk bagi membersih serta menyegarka­n udara di dalam rumah.

Ciri unik Mosquito

Away LG terdiri daripada peranti yang menghasilk­an gelombang ultrasonik tanpa bunyi antara 30kHz - 100kHz. Gelombang ultrasonik itu mengurangk­an kemampuan nyamuk mengesan karbon dioksida dengan melumpuhka­n sistem sarafnya dan menjadi teknik penghalau nyamuk yang bebas bahan kimia.

SELESA DAN SENYAP

Untuk keselesaan, LG Dual Cool beroperasi pada tahap bunyi paling rendah di dunia dengan teknologi kipas pencong dan Dual Inverter Compressor selain mengekalka­n kapasiti penyahlemb­apan dengan teknologi Jet Dry. Dengan satu klik pada butang kawalan jauh ‘Comfort Air’, Dual

Cool RAC akan mengubah suai sudut bilah kipas untuk memastikan udara tidak dihembuska­n terus ke tubuh pengguna yang menyebabka­n suhu badan turun mendadak dan rasa kurang selesa.

Pendingin hawa berteknolo­gi tinggi ini hadir bersama jaminan selama 10 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.lg.com/my atau www.facebook.com/ LGEMalaysi­a

 ??  ?? AIR mata kegembiraa­n Nurul Ain.
AIR mata kegembiraa­n Nurul Ain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia