Harian Metro

Leka belek koleksi berharga merah, putih

-

jenama minuman terkenal, Coca-Cola memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung di Berjaya Times Square

Kuala Lumpur, baru-baru ini apabila lebih 100 pengumpul dari dalam dan luar negara berkongsi koleksi terkini dan vintaj dimiliki bersama peminat di negara ini.

Daripada tin edisi terhad, botol dan kotak yang mengandung­i set barangan sempena musim perayaan, juga acara sukan serta bertemakan filem tertentu sehinggala­h pelbagai barangan Coke yang memaparkan warna merah dan putihnya, pesta ini membuatkan peminat dan pengunjung leka meneliti koleksi berharga jenama itu.

Diadakan buat kali ketujuh, pameran itu terus menyemarak­kan semangat pengumpul barangan CocaCola dengan menghimpun­kan mereka yang mempunyai minat sama dari seluruh dunia. Pengumpul dari Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Korea, Filipina, Thailand, Singapura, Sepanyol dan Turki mempamerka­n koleksi peribadi masingmasi­ng dengan kebanyakan mereka menjual dan bertukar sesama sendiri untuk menambah koleksi yang ada.

Mohd Nazrin Mokhtar, 38, yang menyertai pameran itu menganggap ia perkara cukup bermakna kerana berpeluang berkongsi minat sama dengan rakan dari seluruh dunia.

Katanya, bagi kebanyakan orang, barangan itu mungkin tiada harga tetapi bagi pengumpul barangan CocaCola sepertinya yang turut menjadikan rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan sebagai galeri, nilainya tidak boleh diukur dengan wang.

“Walaupun hampir 20 tahun mengumpul koleksi barangan berkenaan, saya tidak pernah berasa bosan dan semakin gemar menjadikan­nya sebagai simpanan peribadi.

“Barangan paling istimewa ialah botol Coke bertulisan Arab yang pertama kali saya kumpul ketika bertugas di Jeddah kira-kira 15 tahun lalu,” katanya.

Mohd Nazrin berkata, kerjaya di syarikat minyak dan gas sering menuntutny­a mengembara ke serata negara dan memberi kelebihan untuk mengumpul koleksi dari pelbagai negara dikunjungi.

Bagi Nik Ahmad Syahmil Atif Syah, 27, penyertaan­nya dalam acara berkenaan untuk memenuhi minat selain berkongsi dan bertukar idea bersama pengumpul barangan Coca-Cola lain.

Katanya, hobi itu bercambah sejak di bangku sekolah rendah dan selama 15 tahun dia mengumpul ribuan barangan antaranya tin, botol dan poster dari pelbagai negara.

“Asalnya saya hanya

 ??  ??
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN rekaan botol Coca-Cola jadi tarikan.
KEPELBAGAI­AN rekaan botol Coca-Cola jadi tarikan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NIK Ahmad
NIK Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia