Tawan Gunung Tebu

Harian Metro - - Nuansa -

39 ahli pengakap muda sahut cabaran daki gunung

tertinggi di Terengganu

aktiviti ekstrem.

Peserta, Muhammad Aizat Muhamad, 19, berkata, mendaki gunung satu pengalaman yang paling ekstrem dalam hidupnya kerana pendakian mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke puncak.

“Walaupun pernah mendaki gunung lain, masa diambil hanya beberapa jam saja untuk sampai ke puncak, tetapi program pendakian kali ini ambil masa dua hari. Itu satu cabaran membabitkan fizikal dan mental yang kuat,” katanya.

Muhammad Aizat mula berjinak-jinak mendaki gunung sejak dicabar rakan ketika di sekolah lagi.

“Ketika itu saya dicabar untuk ikut jejak langkah kawan yang suka mendaki. Cabaran disahut dan bermulalah saya mendaki bukit berdekatan rumah. Lamakelamaan ia menjadi hobi saya sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, destinasi persinggahan sementara yang menarik perhatian semua peserta sebelum sampai ke puncak gunung adalah di Jendela Pandang.

“Kami dapati ada mata air semula jadi yang airnya sangat jernih untuk digunakan pendaki bagi membersihkan diri atau mengambil wuduk.

“Di kawasan ini juga peserta dapat merehatkan diri dan menikmati makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tebu,” katanya.

Jurulatih, Ahmad Azrin berkata, tidak hairanlah kini ramai anak muda cuba melakukan aktiviti ekstrem seperti mendaki gunung tertinggi di Asia walaupun mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke puncak.

“Ini kerana pendakian tanah tinggi semakin popular dalam kalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar yang datang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan,” katanya.

Menurutnya, cabaran mendaki Gunung Tebu bukan saja mencari pengalaman menarik dalam hidup, malah mengekalkan amalan gaya hidup sihat lebihlebih lagi kepada anak muda.

Katanya, setiap pendaki diwajibkan membawa plastik sampah bagi memastikan setiap cebisan sampah sehingga sekecil plastik gula-gula pun tidak akan dibiarkan buang di sepanjang laluan mendaki.

DESTINASI persinggahan di Batu Mat Hasan sebelum meneruskan perjalanan menuju puncak.

ANTARA laluan gunung yang dilalui peserta.

PENDAKI merakam kenangan manis berada di Puncak Gunung Tebu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.