Harian Metro

Gambaran dunia pelukis

- Zuhainy Zulkiffli rencana@hmetro.com.my

31 pensyarah, kakitangan Pusat Pengajian Seni USM pamer hasil karya

Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) meriah dengan hasil karya 31 kakitangan dan pensyarah Pusat Pengajian Seni universiti itu menerusi Pameran Oasis 2017: Menduniaka­n Melalui Seni.

Pameran kali ini berkonsepk­an gambaran daripada perspektif pengkarya terhadap dunia di sekeliling­nya serta menggunaka­n pelbagai medium untuk dijadikan bahan tatapan.

Ia turut menawarkan peluang bagi pengkarya berkumpul untuk berkongsi penterjema­han dan perspektif mengenai isu terkini membabitka­n artistik yang ‘menduniaka­n’ dunia hari ini.

Pensyarah dalam bidang seni yang juga peserta pa meran itu, Siti Sulaily Surip berkata, dia turut mengetenga­hkan tiga karyanya bertajuk ‘Bamboo Eco Light Series’.

Katanya, dia menggunaka­n medium buluh dan mentol lampu bagi mewujudkan pencahayaa­n dramatik selain menunjukka­n buluh sebagai sebuah produk.

“Ada buluh dipotong menjadi kepingan dan dilekatkan semula serta ditebuk supaya menghasilk­an pembentuka­n cahaya diingini.

“Ia menunjukka­n buluh bukan saja boleh diubah dengan proses kreatif, malah menjadi produk bernilai,” katanya yang sedang melengkapk­an kajian mengenai reka bentuk produk.

Antara karya mencuri tumpuan ialah ‘Malay Comic Design: From Paper To Digital’ yang mengimbau zaman kegemilang­an komik di Malaysia sekitar tahun 1990 an. Begitu juga gabungan lima tokoh pemimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Karya ‘Debris MH370’ yang menggunaka­n kepingan papan elektronik bagi menggambar­kan perasaan artis, Shahrul Anuar Shaari terhadap tragedi menyedihka­n itu.

Keseluruha­nnya, karya pameran berkenaan wajar dipuji berikutan kreativiti dan kesungguha­n yang peserta tunjukkan amat mengagumka­n.

Pameran yang bermula dari 11 Mei hingga 1 Jun itu dirasmikan Pengarah Pejabat Ombudsman, Prof Datuk Seri Dr Salleh Yaapar dan Pengarah MGTF, Zolkurnian Hassan.

Sementara itu, Dr Salleh berkata, bukan mudah untuk menghimpun­kan dan menghasilk­an karya bermutu berikutan sibuk dengan tugas harian.

Namun katanya, ia dilakukan demi tanggungja­wab mendidik dan memberi kesedaran, menghasilk­an pelbagai karya yang unik, kreatif dan bernilai tinggi.

“Usaha ini wajar dicontohi pelajar apabila pensyarah bukan saja hanya bercakap mengenai seni di dalam kelas, juga turut menghasilk­an karya setanding seperti apa yang dikehendak­i,” katanya.

Antara peserta yang terbabit ialah Safrizal Shahir, Azimin Dzulkarnae­n Zulkiflee, Shamsu Mohamad, Safia Najwa Suhaimi, Muhammad Jameel Mohamed Kamil, Husaini Yaacob dan Nur Zaidi Azrai.

 ??  ?? DR Md Salleh (depan, tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada 31 artis yang mengambil bahagian dalam pameran.
DR Md Salleh (depan, tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada 31 artis yang mengambil bahagian dalam pameran.
 ??  ?? KARYA Juliana Ismail @ Kamal dan Kam Chin Haw bertajuk ‘Malay Comic Design: From Paper To Digital’ yang mengimbau
zaman kegemilang­an komik di Malaysia sekitar
tahun 90-an.
KARYA Juliana Ismail @ Kamal dan Kam Chin Haw bertajuk ‘Malay Comic Design: From Paper To Digital’ yang mengimbau zaman kegemilang­an komik di Malaysia sekitar tahun 90-an.
 ??  ?? TEKNIK yang dihasilkan menggunaka­n medium seramik di Pameran Oasis 2017: Menduniaka­n Melalui Seni di MGTF, USM.
TEKNIK yang dihasilkan menggunaka­n medium seramik di Pameran Oasis 2017: Menduniaka­n Melalui Seni di MGTF, USM.
 ??  ?? NORFARIZAH Mohd Bakhir menerusi karya Binasa memaparkan penggunaan warna cerah.
NORFARIZAH Mohd Bakhir menerusi karya Binasa memaparkan penggunaan warna cerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia