Harian Metro

Bukit Bintang gah di ibu kota

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Pasti ramai yang sudah melawat sekitar Bukit Bintang. Tak perlu diucapkan lagi kerana lokasi berkenaan sememangny­a kaya dengan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmat­an yang memenuhi kehendak pelancong.

Dari Pavilion yang dianggap sebagai pusat beli-belah golongan atasan sehinggala­h ke kawasan lepak sambil makan di BB Park manakala si gila gajet pastinya tertumpu ke Plaza Low Yat untuk mencari barangan elektronik.

Bukit Bintang merangkumi beberapa kawasan yang dikenali sebagai pusat tumpuan di Kuala Lumpur kerana wujudnya pusat belibelah ternama, kafe, pasar malam dan kawasan penjaja.

Antara gedung peruncitan terkenal di kawasan itu termasukla­h Berjaya Times Square, Bukit Bintang Plaza, Imbi Plaza, fahrenheit 88, Low Yat Plaza, Starhill Gallery, Sungei Wang Plaza, Lot 10 dan Pavilion Kuala Lumpur.

Kawasan itu popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan terutama golongan belia. Sebahagian Bintang Walk direka sebagai sebuah

‘Arab Street’ kerana jumlah pelancong yang ramai dari Timur Tengah.

Namun tahukah anda, Jalan Tong Shin di Bukit Bintang pernah menjadi lokasi berdarah pada 13 Mei akibat rusuhan kaum.

Justeru, sekitar 1980-an, ahli korporat Tan Sri Yeoh Tiong Lay mencadangk­an agar kawasan berkenaan diberi nafas baru.

Beliau membangunk­an siri perniagaan menerusi konglomera­t

YTL Corporatio­n dan menjenamak­an kawasan berkenaan sebagai Bintang Walk.

Hasilnya, Bukit Bintang menjalani transforma­si perniagaan yang selari dengan pembanguna­n negara dan menjadi destinasi ternama tarikan pelancong di bandar Kuala Lumpur.

Pemandu teksi, Yap Ming Tat, 66, berkata, suatu ketika dulu Bukit Bintang banyak dimonopoli peniaga kaum Cina.

“Kebanyakan­nya peniaga tempatan yang menawarkan barangan di tepi jalan namun kini deretan kedai dikuasai Orang Arab atau mungkin dari Pakistan dan Bangladesh. Mereka mudah dikenali kerana turut menjadi tumpuan pelancong dari Timur Tengah.

“Bangunan lama seperti BB Plaza yang dibina sejak 1970-an diruntuhka­n untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan 56 tingkat.

“Kawasan Bukit

Bintang juga diberi nafas baru dengan pembinaan sistem pengangkut­an awam moden monorel bagi memendekka­n perjalanan pengunjung ke kawasan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia