Harian Metro

Setem kaligrafi Tamil

- Azman Zakaria rencana@hmetro.com.my

Bermula dengan mempelajar­i penulisan kaligrafi Rumi dan Jawi sebelum meneroka bidang kaligrafi Tamil, seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menempa nama dalam kaligrafi Tamil sehingga hasil kerja tangannya itu diabadikan dalam setem kenang-kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama oleh Pos Malaysia.

Kaligrafi Tamil yang dihasilkan pensyarah Jabatan Rekabentuk Perindustr­ian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM, Velu Perumal, kali pertama diabadikan pada setem dan Sampul Surat Hari Pertama pada 28 Jun 2016 dan kali kedua pada 28 Mac 2017.

Hasil kaligrafi Tamil pada 2016 itu bertemakan ‘Nilai Murni’ dan diabadikan pada setem bernilai 70 sen. Dalam siri setem ‘Seni Khat Malaysia’ itu, kaligrafi Jawi membawa tema yang sama untuk setem 90 sen dan kaligrafi Cina untuk setem 80 sen dihasilkan oleh dua ahli kaligrafi lain. Setem bernilai RM5 pula menggabung­kan ketiga-tiga hasil kaligrafi berkenaan.

Pada Mac lalu pula, hasil kaligrafi Tamil oleh Velu dengan tema ‘ucapan perayaan’ diabadikan dalam setem bernilai 80 sen manakala kaligrafi Jawi dan kaligrafi Cina dihasilkan oleh dua ahli kaligrafi lain, masing-masing juga untuk setem bernilai 80 sen. Setem bernilai

RM5 menggabung­kan ketigatiga hasil kaligrafi itu. “Minat saya terhadap kaligrafi bermula sejak di sekolah rendah. Ia dicetuskan guru lukisan saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Cikgu Zamrud Said.

“Beliau adalah sumber inspirasi yang mencungkil minat saya melukis dan berkarya dalam seni kaligrafi Rumi dan Jawi.

“Cikgu Zamrud juga membina keyakinan saya berkarya dengan memberi peluang menyertai pertanding­an lukisan di peringkat daerah dan negeri,” kata

Velu sambil menegaskan tidak akan sesekali melupakan jasa Cikgu Zamrud.

“Ketika majlis pelancaran setem kaligrafi pada 26 Jun 2016, saya mendapat berita yang beliau meninggal dunia. Sebaik selesai majlis pelancaran pada tengah hari Jumaat itu, saya dengan membawa setem hasil kaligrafi itu terus ke majlis pengebumia­n beliau di Pandamaran, Klang untuk memberi penghormat­an terakhir,” katanya.

Mengimbau kembali detik sebelum hasil kaligrafin­ya diabadikan untuk pertama kali dalam setem kenang-kenangan, Velu,

48, berkata, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon pada awal tahun lalu daripada sebuah syarikat yang dilantik Pos Malaysia supaya menghantar biodata peribadi dan contoh hasil karya kaligrafi Tamil yang pernah dihasilkan­nya.

Ini diikuti permintaan syarikat itu supaya menghasilk­an kaligrafi Tamil yang membawa maksud ‘Nilai Murni’ atau dalam bahasa Tamil ‘Nanneri Panbu.’ Beliau menggunaka­n imej pelepah kelapa yang diguna pakai dalam pelbagai budaya Malaysia sebagai konsep penulisan kaligrafi itu.

“Ia sebagai satu usaha meraikan persamaan dalam kepelbagai­an budaya melalui penghasila­n setem kaligrafi Tamil pertama dalam sejarah Malaysia.

“Saya mengambil masa lebih sebulan untuk menghasilk­an tulisan kaligrafi itu,” katanya.

Sebanyak 100,000 setem bernilai 70 sen dan 30,000 setem bernilai RM5 itu dikeluarka­n Pos Malaysia.

Katanya, pada awal tahun ini beliau sekali lagi menerima panggilan telefon bagi menghasilk­an pula kaligrafi Tamil bertemakan ucapan perayaan, juga untuk diabadikan dalam setem kenangkena­ngan.

“Saya rasa bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaa­n untuk menghasilk­an karya kaligrafi Tamil. Bagaimanap­un, pada awalnya saya bagaikan tidak percaya kerana terdapat ramai pelukis India yang mampu menulis kaligrafi, namun pada masa yang sama saya merasakan ia satu penghormat­an besar dan perlu saya laksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Dengan perkataan ‘Iniye Deepavali Vaalthukal’ atau Selamat Hari Deepavali, beliau menghasilk­an kaligrafi berasaskan tradisi lukisan lantai (kolum) yang menjadi dekorasi asas sambutan perayaan Deepavali. Beliau mengambil masa dua minggu mencari idea dan menghasilk­annya.

Sebanyak 80,000 setem bernilai 80 sen dikeluarka­n oleh Pos Malaysia dan 30,000 setem untuk nilai RM5.

Ketika pelancaran setem itu ramai pengumpul setem berbaris mendapatka­n tandatanga­nnya yang menurut beliau menggambar­kan hasil kerja itu diterima masyarakat umum.

Velu berkata, penulisan kaligrafi Jawi, Cina dan Tamil perlu diperkemba­ngkan bagi mengelakka­n penghasila­n manuskrip yang melambangk­an budaya itu hilang ditelan zaman.

“Usaha Pos Malaysia untuk memberi nafas baru kepada kaligrafi dan penulisan kaligrafi satu usaha yang baik dalam zaman moden ini,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada warga FRSB terutama Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir dan Prof Madya Dr Nazlina Shaari yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepadanya dalam mengharung­i cabang baru bidang seni kaligrafi.

Katanya, beliau berusaha menghasilk­an peraturan dan kaedah bentuk penulisan kaligrafi Tamil yang membabitka­n semua 247 huruf Tamil agar boleh diguna pakai di seluruh dunia terutamany­a kerana penulisan kaligrafi Tamil ketika ini tidak begitu diketahui ramai.

Hasil tangan

pensyarah UPM dua kali diabadikan sebagai kenangkena­ngan

 ??  ?? VELU bersama dua hasil kaligrafi tulisannya yang diabadikan dalam setem.
VELU bersama dua hasil kaligrafi tulisannya yang diabadikan dalam setem.
 ?? FOTO: ?? MELAKAR tulisan kaligrafi Tamil.
FOTO: MELAKAR tulisan kaligrafi Tamil.
 ??  ?? KETIKA di majlis pelancaran setem hasil kaligrafi bertemakan ‘ucapan perayaan’ pada 28 Mac lalu.
KETIKA di majlis pelancaran setem hasil kaligrafi bertemakan ‘ucapan perayaan’ pada 28 Mac lalu.
 ??  ?? SAMPUL Surat Hari Pertama diletakkan dalam bingkai gambar.
SAMPUL Surat Hari Pertama diletakkan dalam bingkai gambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia