DIPLOMA SENI KULINARI
Program direka khusus MSU College lengkapkan pelajar dengan kemahiran profesional
Kerjaya dalam bidang kulinari kini semakin diiktiraf dan dilabel sebagai kerjaya profesional yang memerlukan kreativiti serta komitmen tinggi.
Apatah lagi, industri hospitaliti dan pelancongan terus mengalami perkembangan memberangsangkan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sektor ekonomi negara.
Senario ini turut memberi impak positif kepada segmen seni kulinari yang memerlukan tenaga kerja mahir dan dinamik bagi memastikan perkhidmatan berkualiti serta bertaraf lima bintang dapat disediakan.
Untuk pergi lebih jauh, tidak memadai seseorang itu jika hanya berbekalkan minat mendalam dalam bidang masakan.
Apa yang lebih penting, mereka perlu memiliki pengetahuan yang luas dan berkemahiran tinggi.
Bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri, MSU College menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi Sekolah Hospitaliti, Pendidikan dan Pengajian Perniagaan (SHB).
Program ini direka khusus untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan dan pengetahuan serta keupayaan mengurus pengeluaran makanan secara profesional.
Modul pembelajaran terkini diselaras dengan kehendak semasa industri bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelenggaraan makanan.
Turut dipraktikkan ialah konsep pembelajaran secara di mana pelajar berpeluang mengambil bahagian dan cuba menyediakan sajian secara individu.
Mereka yang berminat mengikuti program selama dua tahun setengah ini perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus
Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.
Tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua di peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi pindahan kredit dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui Sekolah Hospitaliti & Seni Kreatif (SHCA).
Untuk maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan di MSU
College, sila hubungi 03-55136688 atau layari laman web www.msucollege.edu.my.